Selepas mengalami episod gagal dalam percintaan sejak 6 bulan lalu, pelakon dan pengacara jelita, Marsha Milan Londoh akui dirinya kini sudah mula menemui pengganti baru yang sesuai untuk mengisi ruang di hatinya.
Marsha Milan Londoh atau Marsha yang sudah pun putus cinta sebanyak 3 kali berkata, dia kini harus meneruskan kehidupannya dengan menerima seseorang lelaki yang sedang cuba mendekatinya sejak beberapa minggu lalu.
“Sebenarnya saya tak mahu lagi cerita mengenai kisah silam cinta saya yang sudah pun tidak kesampaian di tengah jalan itu dan punca kami putus pun agak sensitif untuk didedahkan.
“Walau bagaimana pun saya gembira dengan kehidupan sekarang kerana saya kini sudah berjumpa dengan seseorang tetapi kami dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.
“Dia orang biasa sahaja dan saya berjumpa dengannya pun selepas diperkenalkan oleh kawan saya sendiri ketika kami keluar minum bersama,” katanya ketika majlis rumah terbuka Indigital Sdn Bhd dan Cube Film di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar, malam semalam.
Dalam pada itu, pengacara Propaganza ini akui hatinya kini masih terluka selepas episod cintanya bersama seorang usahawan tidak menjadi, namun dia memberitahu kehidupannya harus diteruskan dan dia juga harus belajar untuk menerima orang baru dalam hidupnya.
“Sebenarnya hati saya ini masih lagi terluka tetapi apa-apa pun hidup ini perlu diteruksan dan tidak mahu melayani jiwa yang sedang kacau ini. Saya cuba untuk menerima dan berkenalan dengan orang baru. Bagi saya dia seorang yang sangat ringkas dan sederhana sahaja tetai tak tahu bagaimana hati saya terbuka untuk mengenalinya.
“Lagipun saya tidak boleh terlalu lama bersendirian kerana saya seorang yang manja dan sukakan perhatian. Tetapi ia tidak bermakna saya tidak boleh hidup tanpa lelaki,” tegasnya.
Marsha yang bergandingan dengan Reza Mohamed dalam program hiburan, Propaganza yang disiarkan di Astro Ria itu bakal menemui penonton dalam musim kedua program tersebut mulai minggu hadapan.
-www.murai.com.my-
Related Posts
- Madonna Sedang Pelajari Al-Quran?07 Oct 20134
Madonna Sedang Pelajari Al-Quran? | AGAK menarik cerita ikon pop Amerika, Madonna yang kini ...Read more »
- Tahniah : Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 201208 Apr 20130
Pelakon Shaheizy Sam mengungguli Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012). Dia tu...Read more »
- Anugerah Bintang Popular BH 2012 — Gambar Sekitar Karpet Merah (58 gambar)08 Apr 20131
Anugerah Bintang Popular BH 2012 — Gambar Sekitar Karpet Merah (58 gambar) | Mengangkat tema “Le...Read more »
- Kalau Ada Jodoh Dengan Sam, Saya Terima27 Mar 20130
Kalau Ada Jodoh Dengan Sam, Saya Terima | Sebelum ini heboh mengenai gosip cinta di antara pelak...Read more »
- Pelakon Siti Fazurina Akhirnya Nikah Kali Kedua26 Mar 20130
Fazurina telah dinikahkan semula berwalikan adik lelakinya pada 20 Mac lalu. Pelakon Siti Fazuri...Read more »
- Julia Perez Yakin Kekasih Tidak Akan Curang24 Mar 20130
Julia Perez Yakin Kekasih Tidak Akan Curang | Selebriti sensasi, Julia Perez kini bergelar bandu...Read more »
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.