Teruja membintangi teater tersebut, Lisa berkata, ia merupakan satu penghargaan besar apabila terpilih untuk menjayakan watak Tun Dr Siti Hasmah Ali. Dalam masa yang sama dia berdebar kerana akan menjadi isteri kepada seorang ahli politik.
“Memang sudah lama saya mahu berlakon teater. Sebelum ini banyak tawaran yang terpaksa saya tolak kerana jadual penggambaran filem dan drama yang padat.
“Apabila menerima panggilan dari pihak Istana Budaya dan mengatakan mereka nak tawarkan saya watak ini saya rasa teruja. Rasa berdebar tu memang ada sebab iyalah nak bawa watak isteri orang politik, kan. Tapi saya bersyukur dan berbesar hati’, ujarnya ketika ditemui di Sri Pentas TV3, semalam.
Lisa sudah pun mendapat skrip dan kini sedang giat menjalani latihan. Dari segi persediaan lain, dia juga banyak bertanya dan meminta pandangan daripada pengarah disamping mempelajari teknik-teknik lontaran suara dan sebutan setiap suku kata dialog.
“Berlakon teater dan di depan kamera sama sekali berbeza. Sejujurnya timbul juga rasa segan bila nak berlakon secara live ni. Tapi mujur pihak produksi banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya.
“Saya cuba warnakan watak ini dengan cara saya sendiri dan tak mahu terlalu terikat dengan bahan rujukan. Saya rasa dengan cara ini lebih mudah untuk saya menghayati watak itu.
“Saya sememangnya mengagumi Tun Siti Hasmah sebagai seorang wanita yang cukup berkaliber, rendah diri dan mempunyai personaliti tersendiri.
“Bila saya baca skrip, saya semakin jatuh cinta pada beliau. Saya teringin nak jumpa beliau. Tak sabar nak merasai sendiri bagaimana beliau menikmati hidupnya yang bukan saja sebagai seorang wanita yang bergelar doktor. Tetapi juga sebagai isteri kepada pemimpin nombor negara”, tutur Lisa.
Tatkala ditanya adakah dia sudah bersedia dengan reaksi penonton terhadap lakonannya nanti, Lisa menjawab,
“Selepas pementasan nanti pastinya ada penonton yang suka dan tidak suka. Saya akui Kak Erra memang selayaknya bawakan watak ni. Tapi saya akan cuba sebaik mungkin. Kalau ada pun tekanan, saya ambil itu sebagai sesuatu yang positif. Bagi saya kalau pun gagal sekurang-kurangnya saya telah mencuba”, ujar Lisa sekaligus mengharapkan agar peminat terus memberikannya sokongan.
Sementara itu mengenai perkembangan terbaru, pelakon Mana Hilangnya Juwita ini bakal muncul dengan filem berjudul Istanbul Aku Datang. Selain Lisa, filem terbitan Grand Brilliance dengan kerjasama Red Films ni dibarisi pelakon seperti Tomok, Beto Khusyairi serta penampilan istimewa, Aizat dan akan ditayangkan pada 8 November depan.
Related Posts
- TUN M Mengadu Sakit Jantung & Di Masukkan Ke IJN18 Nov 20134
gambar sekadar hiasan KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari...Read more »
- MENJIJIKKAN!! CICAK DALAM KEK KAHWIN18 Nov 20131
Sabtu yang lalu, kek perkahwinan dua tingkat yang hanya tinggal separuh selepas habis di makan ...Read more »
- 19 Hari Tempoh Buruan, Tumpasnya Pembunuh Pegawai AmBank18 Nov 20131
KRONOLOGI KES TEMBAK PEGAWAI AMBANK 23 OKTOBER 2013 - Pegawai AmBank cawangan Subang Jaya...Read more »
- GEMPAR!! Penemuan Ikan Duyung & Ekspedisi Greenland 201418 Nov 20131
Sejak dua tahun yang lalu, dunia Eropah kecoh tentang kewujudan ikan duyung. Mereka beranggapan spe...Read more »
- Sistem Baru JPJ MySikap Bermasalah16 Nov 20130
JPJ yakin sistem komputer baharu MySikap beri lebih manfaat kepada pelanggan. Sejauh mana keb...Read more »
- IBU MAUT SEMASA DI RAGUT16 Nov 20131
Dua beranak melalui kejadian yang memilukan apabila ibunya, Jamariah Ahir (64 tahun) maut ...Read more »
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.