Mempunyai jerawat yang besar atau kecil di seluruh kawasan muka umpama mimpi ngeri buat sesiapa sahaja lebih-lebih lagi kepada remaja perempuan.
Kalau dari segi penyelidikan Sains, jerawat yang tumbuh pada wajah ketika usia remaja adalah normal kerana sistem hormon dalam badan sedang berubah.
Bagi gadis remaja, Cassandra Bankson, 19, dia mempunyai masalah jerawat di wajah dan tubuhnya yang boleh dikatakan pada tahap kronik.
Setiap hari, dia dibuli oleh rakan-rakan di kolejnya kerana memiliki wajah yang ‘buruk’.
Sikap Cassandra juga tidak seperti remaja lincah yang lain, dia lebih banyak berdiam diri dan mengurung dirinya di dalam bilik.
Namun, atas usahanya yang menutup ‘kecacatan’ wajahnya dengan melakukan solekan, segala jerawat yang ada di wajahnya seperti hilang dalam sekelip mata.
Malah, Cassandra banyak membuat tutorial video mengenai solekannya di laman You Tube, DiamondsAndHeels14 untuk tatapan umum.
Bermacam-macam teknik yang dia gunakan serta pelbagai produk yang diletak supaya dapat menutup jerawat.
Kerana usahanya itu, dia telah diberikan peluang untuk menjadi model peragaan pentas.
Pada Rabu lalu, Cassandra diberi peluang menjadi model dalam Stacey Igel’s “Boy Meets Girl” show di New York City.
“Saya seorang gadis dari pekan kecil yang duduk di ruang tamu dan menonton video sepanjang hari dan kini … Saya di pertunjukan fesyen di New York City,” kata Cassandra.
Setelah kejayaannya, ramai yang memuji keberanian Cassandra dan menyokong cita-cita.
Ketika ini, Cassandra sudah pun mendapatkan khimat pakar kulit agar masalah jerawatnya dapat dihilangkan.
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda