"Jangan Beritahu Suami Saya"
GEORGETOWN – “Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya,” rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan.
Wanita yang sudah 29 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu menghubungi suaminya untuk ikat jamin.
Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin.
Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam.
Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik.
Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai pengutip barangan lusuh.
Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya yang berusia 44 tahun itu ke rumah tumpangan.
“Saya kenal suami dia dahulu sebelum kenal dengan dia sejak setahun lalu, tapi ini kali pertama saya ajak dia tidur di rumah tumpangan,” katanya.
Lebih menyedihkan apabila lelaki yang pernah bercerai dan kemudiannya berkahwin lain itu mempunyai isteri muda berusia 25 tahun yang kini sedang hamil lapan bulan.
Sementara itu, wanita yang mempunyai tiga anak berusia antara 27 hingga 16 tahun itu mengakui tidak mempunyai masalah rumah tangga malah suaminya juga bukan seorang yang panas baran.
“Ini kali pertama dan saya akui saya silap, saya memang silap,” katanya sambil mengesat air mata.
Khairul Azman kemudian bertanya bagaimana suami wanitu itu mengizinkannya keluar pada waktu tengah malam.
Wanita itu menjawab dia menggunakan alasan keluar bekerja.
“Jadi suami puan ada di rumah menjaga anak-anak. Kalaulah dia tahu puan di luar dengan kawan dia sendiri, bagaimana perasaannya? Cuba puan bayangkan jika suami puan sekarang berada di luar dengan perempuan lain. Bagaimana rasanya.
“Kerana itulah kita sentiasa harus ingat dengan ungkapan Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar,” kata Khairul Azman menasihati wanita itu ketika berada di Pejabat Jaipp.
Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu, seramai tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 27 sementara dua pasangan ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan.
Hadir sama dalam operasi berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail dan 14 penguat kuasa.
Dunia akhir zaman...semakin hari semakin byk kes yg sama...mgkn PBT perlu tingkatkan lg usaha utk mengelakkan pkra bgitu semakin berleluasa...mslahnya semua tu org Melayu yg beragama Islam...hmmm...
BalasHapusIkut hati mati,ikut rasa binasa
BalasHapusSuami atau isteri perlu kekuatan iman dlm diri...
BalasHapusKes khalwat ni bkn baru la, tk kira la mlibatkn ank muda ka, suami atau isteri org skalipun...pihak pjbt agama serta kerajaan msia juga perlu kaji knp mslh begini blh tjd?antara sbbnya
1) mslh pceraian yg tk pnh selesai, cuba la pmudahkn, kesian kt wanita yg tk tbela, gntung tk btali...
2) kes2 d mahkamah syariah semua mlibatkn kos, mcm mn klu tjd pd org miskin?cuba kaji tgk.
3) Dunia skrg nk khwin pun susah, byk sgt peraturan, prosedur yg kena lalui, aduhai...mcm mn la bdk2 skrg x byk maksiat.
4) ibu bapa jgn halang ank2 yg nk menikah muda tu, kita mmg syg pd ank2, yp jgn smpai kerna kita halang mereka blh tjebak maksiat.
5) para suami, JGN DAYUS WAHAI LELAKI, jgn dera isteri kamu..kelak mcm2 blh jd...
6) para isteri jaga suami kamu, kemaluan kamu...maruah kamu adalah kehormatan suami kamu.
7) BBG(biro bantuan guaman) perlu lbh mbntu, anda blh mcegah maksiat dr awal kiranya byk mslh d mahkamah blh selesai.
Org yg mcm dlm kes aras ni agk tkecuali ok.
wanita yg ditahan berusia 29 tahun yg mempunyai 3 org anak berusia antara 27 tahun hingga 16 tahun?? jarak umur dia ngn ank dia 2tahun je ke??
BalasHapusUmur dia 44 tahun la..
HapusNie mesti paper bahasa melayu dulu mistake macam nie jugak kan ? Haha
Hapus29 tahun berkawin la derrrr
BalasHapusPEMPUAN X GUNA,ELOKNYA KO DIREJAM SAMPAI MATI,
BalasHapusPMPUN X RETI BERTRIMA KSIH PUIHH
BalasHapusWahai wanita...insaflah dan bertaubatlah dengan perbuatan mu sebelum terlambat...manakala...barang siapa di kalangan anda semua yang tidak pernah melakukan dosa...rejamlah dia sebagai pengajaran buat semua...
BalasHapusNews ni pun....agak2 la bagi tau tentang umur....kalau silap 27 tahun atau 17 tahun umur anak permpuan itu pun...tak logik...29 - 27 = 2 tahun...takkan 2 tahun dah beranak...kalau 17 thn pula 12 tahun dah beranak...maknanya 11 tahun dah kawin...kalau dinyatakan 17 thn tu anak tiri@ angkat logik juga...
BalasHapusBacalah betul2..umur dia 44 tahun lerrrr...
HapusNie pun sama.. Bahasa melayu mesti kesilapan yg mudah.. Hahaha..
Hapusdier dh berkahwin 29 tahun~ bkn umur 29 thn~ grrr~ focus sikit bace~
BalasHapusnie patut kene rejam je.....
BalasHapus