Sekumpulan pelacur pondan warga Thailand yang ditahan dalam operasi yang dilakukan Jabatan Imigresen, kelmarin.

Pondan berang 'port' diserbu | IPOH - Gara-gara enggan ditahan pihak berkuasa, beberapa pondan bertindak agresif dengan mencakar dan menggigit anggota Jabatan Imigresen dalam satu serbuan yang dijalankan di sekitar bandar raya ini malam kelmarin.

Kumpulan pondan yang berasal dari Thailand ini turut diberikan jolokan ‘bapok tangga’ kerana berpakaian seksi dan didapati bergiat aktif di sekitar tangga premis kedai bagi mendapat perhatian pelanggan.

Pelacur pondan yang berusia antara 24 ke 28 tahun itu cuma mengenakan bayaran RM30 hingga RM50 jika pelanggan mahu mendapatkan perkhidmatan seks daripada mereka.

Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar selepas aktiviti jijik mereka berjaya dihidu Jabatan Imigresen di sini.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid berkata, pihaknya terlebih dahulu mengintip pergerakan pelacur pondan terbabit sebelum menyerbu lokasi mereka menjalankan aktiviti tidak bermoral itu.

Menurutnya, sewaktu serbuan dijalankan, pelacur pondan warga Thailand itu terkejut malah ada dalam kalangan mereka yang cuba melarikan diri ke tingkat atas bangunan bagi mengelakkan diri dicekup.

“Malah, empat daripada pondan terbabit turut ‘mengganas’ sebelum anggota kami berjaya menghentikan tindakan agresif mereka itu.

“Selain itu, mereka juga didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah memasuki negara ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Irwan berkata, seramai 27 anggota bertindak melakukan operasi di beberapa buah di sekitar bandar raya ini.

Katanya, dua rumah yang disasarkan adalah di Kampung Kepayang, Fair Park dan Tanjung Rambutan.

“Dalam serbuan di Kampung Kepayang, Fair Park, kami memberkas dua lelaki, empat perempuan dan dua kanak-kanak perempuan warganegara Indonesia berusia antara dua hingga 35 tahun yang didapati tidak mempunyai dokumen sah memasuki negara ini.

“Operasi turut dilakukan di sebuah rumah di Tanjung Rambutan, di sini, sebelum empat lelaki warga Myanmar berusia 23 hingga 36 tahun diberkas kerana tidak mempunyai dokumen sah untuk tinggal di negara ini.

“Semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tinggal di negara ini tanpa pas yang sah,” katanya.

Beliau berkata, operasi yang bermula jam 10 malam dan berakhir pada jam 2 pagi itu dianggap berjaya berikutan ramai pendatang asing berjaya diberkas hasil dari intipan dan maklumat awam.-sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top