Bila kita duduk di bangku Mahkamah Syariah mendengar perbicaraan, macam-macam kes pelik yang kita boleh dengar. Bukanlah maksud Brader nak kata orang bercerai tu pelik, tapi alasan sampai terlafaz cerai tu yang pelik dan kelakar.

Ini kisah sedih tapi lucu jenaka pulak rasanya. Ada seorang pak cik yang ke mahkamah sebab cemburu bila isterinya meminati Aaron Aziz. Pak Cik ni dah 50-an dah umur dia. Tapi kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana.

Begini kata si suami bila hakim tanya sebab apa dia lafaz cerai: "Saya lafaz cerai semasa bangun tidur pukul 10.05 malam. Saya ke ruang tamu dan melihat isteri asyik menonton drama bersiri Adam Dan Hawa. Saya syak isteri saya menyimpan perasaan terhadap Aaron Aziz daripada tingkah lakunya.

"Saya jadi cemburu dan tak dapat mengawal kemarahan lantas melafazkan talak satu terhadap isteri. Saya rasa diri saya tak dihargai lagi."

Terkesima hakim tu. Kalau nak tahu Hakim Syarie tu kawan Brader. Yalah... kan si isteri meminati drama lakonan Aaron. Takkanlah cemburu sampai melafazkan cerai pulak. Agaknya isteri pak cik tu tak pernah missed nonton sampai tak hiraukan suami dia kut.

Kuat juga pengaruh drama ni sampai ada yang bercerai berai sebab tak hiraukan laki bila asyik menonton. Haa... kalau ya pun nak menonton, buatkanlah kopi ke apa ke kepadaa laki dulu lepas tu bolehlah terus menonton.-cari

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top