Nabil Belum Sedia Dedah Gambar Anak | KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara Ahmad Nabil Ahmad belum bersedia mendedahkan gambar anak perempuannya secara rasmi untuk tatapan umum.
Ujar Nabil, 30, keputusan itu diambil bagi memenuhi permintaan isterinya Nazirah Ayub, 25, yang enggana berbuat demikian memandangkan bayi bernama Naira Mikayla itu baru berusia tiga bulan.
“Kami belum paparkan gambar anak secara rasmi. Mana yang sudah terkeluar di Internet bukan secara rasmi daripada kami.
“Isteri saya kata relakslah dulu sebab anak masih terlalu kecil,” katanya ketika ditemuimStar Online di sini.
Naira dilahirkan pada pukul 8.40 pagi menerusi pembedahan Caesarean di Klinik Umra, Shah Alam, dekat sini pada 25 November lalu.
Pasangan itu diijabkabulkan pada 30 September 2011 di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.
Pengacara rancangan MeleTop ini menambah, pengalaman bergelar bapa baharu mengubah sikapnya menjadi lebih ringan tulang.
“Setiap kali keluar bekerja, memang rasa hendak cepat balik sahaja untuk tengok anak.
“Malah, saya juga menjadi lebih rajin sejak ada anak. Kalau dulu, jadual kerja pun saya minta pengurus yang semak tetapi sekarang saya mula buat sendiri,” jelasnya.
Nabil berkata, tumpuannya kini adalah pada lakonan sejak mengundurkan diri daripada stesen radio Suria FM, hujung tahun lalu.
Katanya, dia juga bakal muncul dalam filem Lawak Ke Der 2 yang diterbitkan daripada rakaman pementasan yang sama di Istana Budaya pada Februari 2012.
Filem yang turut membariskan Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Harith Iskander, Zizan Razak dan Johan itu bakal ditayangkan pada 7 Mac depan.
Related Posts
- Senarai 16 Peserta Bertanding Gelanggang Maharaja Lawak Mega 201315 Nov 20130
16 Peserta bakal berentap di Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 mulai Jumaat 15 November 2...Read more »
- ‘Perang’ Anatara Rabecca-Eirma belum berakhir?12 Nov 20130
‘Perang’ Anatara Rabecca-Eirma belum berakhir? | “SAYA harap dia berpijak di bumi yang nyata. Ter...Read more »
- EKSLUSIF : 64 Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar10 Nov 20136
EKSLUSIF : 64 Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar | Tahniah diucapkan kepada Pelako...Read more »
- Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Cuba Berpropaganda? - Zubir BiPOP10 Nov 20130
Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Cuba Berpropaganda? - Zubir BiPOP | Kalau semalam Aeril Zafrel ...Read more »
- Rebecca Menang Kes Saman Erma Fatima10 Nov 20131
Rebecca Menang Kes Saman Erma Fatima | Susulan kes saman yang dibuat oleh aktres Rebecca Nur...Read more »
- Fitnah Berkahwin Dengan Ummi Nazeera Adalah Serangan Peribadi06 Nov 20131
Fitnah Berkahwin Dengan Ummi Nazeera Adalah Serangan Peribadi | PELAKON Aeril Zafrel mengang...Read more »
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.