Rebecca Menang Kes Saman Erma Fatima
Rebecca Menang Kes Saman Erma Fatima | Susulan kes saman yang dibuat oleh aktres Rebecca Nur Al-Islam terhadap syarikat produksi milik pengarah terkenal Erma Fatima, Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd, mahkamah memutuskan kes tersebut telah berpihak kepada pelakon ini.
Rebecca yang mengeluarkan kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Media Hiburan Online melahirkan rasa bersyukurnya di atas kemenangan ini.
"Alhamdulillah syukur. Allah S.W.T sentiasa akan bersama dengan hambanya yang di pihak benar. Amin syukur, Ya Allah.
"Terima kasih kepada lawyer saya dari Azam, Idzham, Azman & Partner, thank u family, friends, saksi-saksi saya, Encik Azahari, Farra Nur Hidayah dan cik Fariz... Syukur... Thank you semua yang menyokong saya di pihak yang benar," ujar Becca.
Sebelum ini, Becca telah memfailkan saman terhadap syarikat produksi Erma selepas gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama 'Dejavu Di Kinabalu' arahan Erma tahun lalu. -media hiburan
semalam dok baca kat IG erma fatima dok luahkan perasaan tak puas hati jugak sebab Rebecca menang.. masing2 rasa diri mereka tak salah. Yang menang syukur.. konon Allah bersama orang yang benar, yang kalah pun harap Mahkamah akhirat pulak menentukan. sapa salah sapa betul.. hanya Allah yang lebih mengetahui
BalasHapusInfo >>HARAM LETAK NAMA
PASANGAN DI BELAKANG NAMA ANDA
Terkini >>AKHIRNYA PAK
GUARD YANG TEMBAK PEGAWAI BANK DI TANGKAP