PETALING JAYA: Pelakon Linda Hashim enggan mendedahkan tarikh sebenar perkahwinannya dengan aktor Beego tetapi cukup mengesahkan mereka akan berkahwin pertengahan tahun ini.
Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 29, berkata, dia tidak dapat mendedahkan tarikh sebenar pernikahan mereka bagi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.
"Insya-Allah kami akan bernikah pada pertengahan tahun tetapi bukan Mac seperti didakwa sebelum ini. Tarikh sudah ada cuma kami tidak mahu dedahkannya dahulu.
"Persiapan sedang berjalan serba sedikit memandangkan kami berdua juga sibuk dengan komitmen lakonan masing-masing," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Pada laporan bertarikh 19 November 2012, Linda mengesahkan sudah bertunang dengan Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, pada 3 November lalu.
Difahamkan, Linda dan Beego mula dikaitkan menjalin hubungan selepas mereka membintangi drama bersiri Seuntai Kasih pada Jun 2012.
Linda berkata pada masa ini dia terpaksa bekerja keras bagi mengumpulkan wang sebelum majlis berlangsung.
"Saya memang sibuk sekarang di mana saya sedang terlibat dalam dua komitmen lakonan serentak. Kenalah cari duit lebih untuk majlis nanti.
"Mujurlah persiapan majlis diuruskan butik andaman milik kakak iaitu Erin & Erinas Wedding, jadi tidaklah kelam kabut sangat dibuatnya," katanya.
Linda memberitahu dia juga belum berkesempatan menghadiri kursus perkahwinan gara-gara tawaran lakonan yang silih-berganti.
"Jadual lakonan memang padat sampaikan hendak berehat pun susah kebelakangan ini. Bayangkan, kursus kahwin pun saya belum ambil lagi tetapi tidak apa sebab benda itu tidak rumit.
"Insya-Allah tidak lama lagi saya akan cari tarikh yang lapang dan boleh hadirinya pada hujung minggu," katanya yang sedang menjalani penggambaran telefilem Surat Untuk Dia.
Related Posts
- Senarai 16 Peserta Bertanding Gelanggang Maharaja Lawak Mega 201315 Nov 20130
16 Peserta bakal berentap di Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 mulai Jumaat 15 November 2...Read more »
- ‘Perang’ Anatara Rabecca-Eirma belum berakhir?12 Nov 20130
‘Perang’ Anatara Rabecca-Eirma belum berakhir? | “SAYA harap dia berpijak di bumi yang nyata. Ter...Read more »
- EKSLUSIF : 64 Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar10 Nov 20136
EKSLUSIF : 64 Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar | Tahniah diucapkan kepada Pelako...Read more »
- Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Cuba Berpropaganda? - Zubir BiPOP10 Nov 20130
Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Cuba Berpropaganda? - Zubir BiPOP | Kalau semalam Aeril Zafrel ...Read more »
- Rebecca Menang Kes Saman Erma Fatima10 Nov 20131
Rebecca Menang Kes Saman Erma Fatima | Susulan kes saman yang dibuat oleh aktres Rebecca Nur...Read more »
- Fitnah Berkahwin Dengan Ummi Nazeera Adalah Serangan Peribadi06 Nov 20131
Fitnah Berkahwin Dengan Ummi Nazeera Adalah Serangan Peribadi | PELAKON Aeril Zafrel mengang...Read more »
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.