Adakah anda mempunyai masalah berat badan? Pasti anda akan berusaha untuk mengurangkannnya. Terdapat pelbagai cara yang boleh membantu anda untuk membakar lemak antaranya melalui senaman dan diet. Tetapi anda juga boleh turut membakarnya walaupun ketika anda makan. Antara makanan yang membantu untuk pembakaran lemak ialah..
(1) Bawang putih/merah- Bawang mengandungi antibakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang.
(2) Tomato- Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet.
(3) Putih telur- Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi.
(4) Lada- Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.
(5) Anggur- Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang.
(6) Lobak merah- Makanan ini mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak.
(7) Timun- Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi khasiat didalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihkan asid urik.
Related Posts
- Awas 5 Petunjuk Ini Untuk Lelaki04 Feb 20130
Awas 5 Petunjuk Ini Untuk Lelaki | Dalam masyarakat yang semakin obses dengan kesihatan, ...Read more »
- Untuk Gadis-Gadis Yang Nak Sihat03 Feb 20130
Untuk Gadis-Gadis Yang Nak Sihat 1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekita...Read more »
- 6 Makanan Yang Membuat Anda Cepat Kenyang02 Feb 20131
6 Makanan Yang Membuat Anda Cepat Kenyang | Dengan memakan makanan yang membuatkan anda c...Read more »
- Cara Menjaga Alat Sulit02 Feb 20130
Cara Menjaga Alat Sulit 1) Adalah disyorkan agar membersihkan bahagian luar selepas buang ai...Read more »
- Efek Negatif Tidur01 Feb 20130
Efek Negatif Tidur Jam berapa anda bangun tiap hari? Habis subuh?Berhati-hatilah, bangun...Read more »
- Kesan Memakai Coli Dan Seluar Dalam Semasa Tidur28 Jan 20130
Kesan Memakai Coli Dan Seluar Dalam Semasa Tidur | Melepaskan pakaian dalam’ bukan bermaksud p...Read more »
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.