Mohd Sahar (kiri) menyerahkan replika kad kelab WLPMC kepada Nur Amalina (kanan) sambil diperhatikan Dr Adham, di sini, semalam.

KUALA LUMPUR – Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri dilantik sebagai duta pendidikan Kelab We Love PM (WLPMC) bagi sektor luar negara.

Presiden Kelab WLPMC, Mohd Shahar Abdullah berkata, pelajar pintar tersebut yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Edinburgh mempunyai ketokohan untuk memimpin dan menyuburkan semangat pelajar untuk menimba ilmu tanpa batasan.


"Saya yakin dengan pelantikan Nur Amalina juga untuk membawa semangat dan iltizam kepada pelajar di luar negara. Nur Amalina boleh menjadi pelajar contoh terbaik apabila dia boleh mendapatkan dua ijazah dalam masa lima tahun," katanya pada sidang media pelantikan duta kelab WLPMC, di Universiti Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) merangkap Penasihat Kelab We Love PM, Datuk Dr Adham Baba berkata, Nur Amalina wajar dilantik sebagai duta kerana perjalanan hidupnya sebagai ikon yang telah memecahkan sempadan melalui penglibatannya dalam akademik.

"Beliau merupakan ikon pelajar pintar di era pemerintahan kerajaan Malaysia dan kita tidak mahu perkembangan pengajiannya membataskannya, untuk memperkenal Malaysia dan sejarah keamanan dan kemakmuran yang di berikan oleh kerajaan kepada rakyat, " katanya.

Menurutnya, keahlian kelab itu akan dibuka kepada pelajar untuk mengenali dan menjiwai semangat dan pemikiran yang dilakukan oleh enam pemimpin Malaysia.

Sementara itu, Nur Amalina berkata, peluang ini merupakan platform terbaik untuk menyedarkan pelajar diluar negara tentang perjuangan enam orang tokoh pemimpin utama Malaysia dalam memimpin dan menjaga negara.

Sebelum ini, Nur Amalina mencapai kecemerlangan apabila memperoleh 5A bagi program A-Level di Cheltenham Ladies College (CLC), Gloucestershire.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram, Johor itu pernah mencatat kejayaan mendapat 1A paling banyak dalam sejarah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Nur Amalina kemudian ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian di peringkat A-Level dan sekali lagi mencapai kecemerlangan apabila memperoleh 5A bagi program A-Level di Cheltenham Ladies College (CLC), Gloucestershire.

Pelajar tajaan Bank Negara Malaysia (BNM) itu ialah anak Melayu pertama lulus cemerlang dengan pangkat 5A bagi Matematik Tambahan, Matematik, Biologi, Kimia dan Ekonomi.

Nur Amalina kemudian diterima masuk ke College of Medicine and Veterinary Medicine di University of Edinburgh bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perubatan, Surgeri dan Sains.

Pada majlis yang sama Mohd Shahar mengumumkan penubuhan Yayasan Kanang bagi memperingati perjuangan pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Langkau  yang meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak, pagi semalam.-sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top