Tiga orang meninggal nahas kereta rempuh treler
KOTA TINGGI : Tiga maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 44, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik berkata, mereka ialah Mohd. Ali Kenid, 51, dari Kampung Felcra Sungai Layau; Abdul Samah Darmawi, 56, dari Felda Kledang dan Siti Noraizah Abdul Wahab, 21, dari Felda Sungai Mas.
Beliau berkata, Mohd. Ali meninggal dunia di tempat kejadian, Abdul Samah ketika dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) manakala Siti Noraizah pula lima jam selepas menerima rawatan di HKT.
[WOW!!]Aksi Pelajar AF 5 yang terlampau
“Kemalangan berlaku kira-kira pukul 5 petang apabila lori treler yang dalam perjalanan ke Kota Tinggi telah bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh Siti Noraizah yang datang dari arah bertentangan.
“Kejadian itu menyebabkan lori treler berkenaan hilang kawalan lalu masuk ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Wira yang dipandu oleh Mohd. Ali,” katanya ketika dihubungi. –kosmo
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda