KUALA LUMPUR : Peneraju utama untuk drama Mimpi Sinderella, Eina Azman mengakui dia menyayangi pelakon lelaki, Afiq Azman.

Namun, menerusi laporan mStar Online, Eina menganggap sayang antara dia dan Afiq hanyalah sebagai sahabat sahaja memandangkan mereka berdua sudah kenal sejak tiga tahun lalu.

Kemesraan yang sememangnya ada di antara mereka berdua juga membuatkan Eina berfikir orang ramai telah tersalah anggap hubungan dia dan Afiq.


Kata Eina, dia masih terlalu muda untuk jatuh cinta selain mempunyai fokus tinggi untuk menampakkan dirinya dalam industri seni tanah air.



[WOW!!]Aksi Pelajar AF 5 yang terlampau


“Kami tiada apa-apa hubungan istimewa. Mungkin kebetulan saya berkawan rapat dengan Afiq di mana kami selalu keluar bersama dan mesra sehingga ada pihak sudah tersalah anggap.

“Memang saya menyayangi dia tetapi sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu. Buat masa ini, saya tiada teman istimewa kerana masih terlalu muda,” kata Eina.

Sebelum ini, timbul gosip mengatakan Eina dan Afiq sebenarnya mempunyai hubungan cinta di luar lokasi pengambaran.

Gosip tersebut bertebaran meluas disebabkan gambar mesra antara mereka telah dilayangkan ke ruang internet.

Bagi Eina, tafsiran orang ramai terhadap gambar itu ternyata disalah ertikan kerana gambar tersebut sengaja dimuat naik di laman sosial untuk berkongsi dengan para peminat.

“Ada pihak sudah salah anggap apabila melihat gambar-gambar mesra saya dan Afiq. Gambar-gambar itu sengaja kami ambil ketika berkunjung ke sebuah pusat beli-belah baru-baru ini untuk tatapan peminat.

“Kalau saya hendak buat benda-benda tidak manis, takkanlah saya berkongsi dengan peminat. Lebih baik saya sorokkan sahaja. Niat kami semata-mata untuk memberitahu peminat mengenai aktiviti terbaru,” kata pelakon remaja yang juga anak saudara kepada artis Juliza Adlizan.-mynewshub.my

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top