KUALA LUMPUR – Penglibatan pelakon remaja, Siti Aisyah atau Cha Cha Maembong ke dalam dunia lakonan tempatan terlebih dahulu dari kakaknya, Emma Maembong tidak menampakkan sinar pada dirinya berbanding Emma.

Ini kerana, wajah Emma lebih banyak dilihat dalam drama-drama tempatan berbanding dirinya.
Namun, Cha Cha melihat perkembangan seni lakonannya yang tidak berapa naik berbanding kakaknya adalah kerana bergantung kepada tuah masing-masing.

Bagi Cha Cha, Emma lebih bertuah kerana bakatnya dilihat oleh ramai pihak dan gembira kerana perkembangan seni lakonan Emma diterima ramai.

“Mungkin tuah Emma lebih dahulu berbanding saya di dalam bidang ini.
“Tapi saya rasa bertuah juga apabila Emma kini sudah semakin dikenali menerusi drama-drama yang pernah dilakonkanya walaupun dia masih baru lagi,” kata Cha Cha yang dipetik dari portal Buahmulut.com.

Kata Cha Cha, Emma sememangnya layak untuk menerima tawaran berlakon lebih darinya dan percaya itu rezeki buat kakaknya.

Justeru, dia langsung tidak cemburu dengan perkembangan kerjaya Emma dan percaya masanya nanti akan tiba nanti.

Malah, dia juga berfikir masih terlalu muda untuk cepat dikenali ramai memandangkan Cha Cha masih perlu belajar selok-belok dunia hiburan sebelum meraih populariti.

“Mungkin dah itu rezeki dia, saya pun tidak kisah dan tidak pula timbul perasaan cemburu kepada Emma berkenaan populariti yang diperolehinya pada masa ini.

“Lagi pun dia kakak saya dan saya pun masih muda, banyak benda yang saya masih perlu belajar dan perjalanan dalam bidang ini juga masih jauh lagi.

“Tak mengapa jika saya masih kurang dikenali pada waktu ini kerana ketika ini adalah proses pembelajaran saya terhadap industri ini,” katanya.-buahmulut.com

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top