Saya Tiada Perasaan Terhadap Nora, Itu Semua Hanya Gurauan
Minggu lalu kecoh juga apabila pelawak, pelakon dan pengacara, Zizan Razak telah dikatakan memanggil gelaran ‘mama’ kepada aktres kecil molek, Nora Danish.
Begitu juga Nora sendiri, dia turut menggelar Zizan dengan panggilan ‘papa’.
Situasi itu telah menyebabkan ramai pihak ingin tahu adakah dengan panggilan manja itu menunjukkan yang mereka ini bercinta atau sedang mengenali hati budi masing-masing.
Menerusi Rotikaya, hari ini, Zizan memberitahu sebenarnya apa yang ditulisnya di Twitter bersama Nora Danish hanya gurauan semata.
“Semua itu hanya gurauan semata mata. Saya dan Nora Danish tiada hubungan istimewa.
“Saya selesa berjumpa dengan dia dalam mana mana majlis pun kerana dia kelakar seperti saya juga selain setakat ini saya tidak punyai sebarang perasaan terhadap Nora Danish,” katanya.
Dengan kenyataan ini, Zizan berharap peminat tidak menyalah anggap atau membuat apa-apa spekulasi lagi.
Dia tidak mahu hubungan kerjanya dengan Nora terjejas pula.-rotikaya via suarapeople
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda