Sering kali kita mendengar pendapat orang ramai tentang bagaimana sikap orang-orang Kelantan ini.. Hal ini timbul kerana beberapa sebab. Antaranya ialah limpahan anak-anak Kelantan di setiap pelusuk negara. Selain itu, orang Kelantan yang sukar meninggalkan loghat Kelantannya dan juga sikap suka berpuak-puak sesama anak-anak Kelantan. Persoalannya, bagaimanakah sebenarnya sikap dan perangai orang Kelantan?


Sebetulnya, nilai kesatuan dan perpaduan begitu mendalam dalam jiwa anak Kelantan ini. Bagi rakyat Kelantan, mereka tidak suka dilabel sebagai rakyat yang begitu assabiyah atau mempunyai semangat kenegerian yang tinggi..

Semangat kenegerian itu kuat dalam diri setiap anak Kelantan kerana mereka begitu sayangkan negeri dan juga rakyatnya. Faktor rakyat Kelantan selalu bergaul dengan sesama rakyat Kelantan bukanlah kerana kuatnya semangat kenegerian sehinggakan menjauhi dari bergaul dengan orang selain dari Kelantan. Kita ibaratnya seorang rakyat Malaysia yang belajar diluar negara dan terjumpa dengan rakan pelajar juga dari Malaysia, pertalian antara rakan pelajar senegara pasti berbeza dengan rakan-rakan yang lain.

Sama juga dengan rakyat Kelantan. Mereka keluar dari Kelantan dan berhijrah ke negeri lain pasti akan merasai banyak perkara yang jarang dijumpa semasa mereka membesar di Kelantan. Perbezaan yang paling ketara ialah dari segi komunikasi. Sesetengah anak jati Kelantan tidak mampu untuk mengubah loghat Kelantannya walaupun bukan berada di Kelantan.

 Jadi bergaul dengan orang Kelantan lebih selesa bagi kebanyakkan rakyat Kelantan. Tapi jarang kita lihat anak-anak Kelantan ini menjauhi orang bukan Kelantan kan? Faktor budaya juga menjadikan rakyat Kelantan lebih mudah rapat untuk bergaul.

Mereka membesar dengan pelbagai kebudayaan negeri Kelantan. Kelantan negeri yang kaya dengan seni budaya seperti dikir barat dan wayang kulit. Kebudayaan ini melahirkan rasa minat yang sama dalam kalangan rakyat Kelantan.

Nukilan oleh Pok Dogo.
Eksklusif di I ♥ KELANTAN via Blogammar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top