Sing Chee menunjukkan SMS ugutan yang dihantar kepadanya kelmarin oleh nombor tidak dikenali.
Itu luahan seorang mekanik yang terkejut menerima ugutan bunuh melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dari nombor tidak dikenali.
Mangsa, Guek Sing Chee, 49, berkata, SMS yang ditulis dalam bahasa Mandarin itu diterima kira-kira jam 2.47 petang kelmarin dan memintanya memasukkan wang sebanyak RM2,000 ke dalam akaun sebuah bank.
Katanya, penghantar SMS berkenaan yang mendakwa ahli dari kumpulan samseng mengugut untuk membunuh dia dan keluarganya jika wang diminta tidak dimasukkan dalam tempoh 24 jam.
Sing Chee yang juga Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Aminah (HSA) berkata, dia ada menghubungi nombor berkenaan namun panggilannya tidak berjawab selepas mencuba beberapa kali.
“Ketika menerima SMS berkenaan, saya baru sahaja selesai menguruskan bantuan mangsa banjir di sekitar daerah ini.
“Walaupun berasa terkejut dan agak bimbang dengan SMS itu namun saya tetap cuba menghubungi nombor itu namun panggilan tidak berjawab,” katanya dalam sidang media, di sini kelmarin.
Bapa kepada empat anak itu berkata, dia mengesyaki ugutan yang diterimanya itu dilakukan sindiket pemerasan wang yang menghantar pesanan ugutan secara rawak kepada orang awam untuk dapatkan wang cara mudah.
“Saya yakin itu kerja mereka kerana kerana seorang rakan saya turut menerima ugutan sama pada hari yang sama.
“Saya percaya kami menjadi sasaran sindiket ini selepas mendapatkan nombor telefon kami melalui iklan perniagaan yang kami paparkan di akhbar,” katanya.
Sing Chee turut membuat laporan di Balai Polis Taman Johor Jaya, kerana bimbang keselamatan diri dan keluarganya.
“Saya serahkan perkara ini kepada polis dan merahsiakan kejadian tersebut dari pengetahuan ahli keluarga kerana bimbang mereka akan berasa cemas,” katanya.-sinar harian
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda