Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed

SENAI – Kandungan doa memohon kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan atas arahan daripada pihak tertinggi Pas sebaliknya ia adalah kehendak Nik Razi Nik Mat sendiri, yang juga adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Perkara itu dinyatakan Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed yang mengakui Nik Razi hanya diarahkan untuk menjadi imam bagi solat Hajat yang berlangsung sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam kelmarin.


Beliau yang turut sama pada solat Hajat itu berkata, dalam doa itu Nik Razi memohon kehancuran parti dan bukannya memohon supaya ALLAH menurunkan bala atau menghancurkan pemimpin atau ahli Umno dan BN.

“Pada saya, doa Nik Razi itu berdasarkan situasi di Kelantan, yang cukup menerima tekanan hebat daripada Umno dan BN seperti isu royalti, namun berbeza doanya bagi solat Hajat yang diadakan di Kedah.

“Itu hak dia (Nik Razi) untuk memohon doa, dan sebagai makmum ketika solat Hajat berkenaan saya hanya mengaminkannya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Mahfodz berkata, doa bagi solat Hajat sempena ceramah Pas yang akan berlangsung di Sri Gading Batu Pahat pada 1 Disember depan adalah berbeza dan ia disifatkan lebih ‘lembut’ sedikit berbanding doa yang diketuai Nik Razi.

“Nik Razi mendokan kehancuran Umno dan BN. Jika parti itu hancur, saya yakin sokongan orang Melayu akan beralih kepada Pas.  Secara peribadi, saya turut mendoakan orang-orang Umno dan BN diberikan petunjuk untuk menyokong Pas,” katanya.-sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top