Anggota polis mengangkat mayat yang ditemui di Tali Air Dua, Sungai Burong.
Penduduk, Mohd Emfran Yaacob, 28, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang berjalan kaki ke rumahnya dari sebuah kedai runcit berhampiran tali air itu kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.
“Ketika terpandang ke arah tali air, saya pada mulanya menyangka objek belang hitam putih itu adalah baju-T yang hanyut sebelum tersangkut di tepi tali air terbabit sebelum bertindak menghampiri objek yang mencurigakan itu dengan lebih dekat.
“Apabila diamati betul-betul, saya terkejut melihat objek itu sebenarnya mayat sebelum bertindak menghubungi polis,” katanya.
Mohd Emfran mendakwa, beberapa penduduk sekitar kawasan ini pernah terlihat si mati berkeliaran di sekitar kawasan kampung untuk meminta makanan dan tempat tinggal sebelum kejadian itu berlaku.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Muhd Taib Ahmad mengesahkan menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat lelaki lengkap berpakaian itu sebelum pegawai penyiasat bergegas ke tempat kejadian.
“Hasil siasatan awal mendapati, mayat lelaki dewasa memakai baju-T belang hitam putih dan berseluar hitam terbabit adalah berbangsa India yang berusia dalam lingkungan 30 tahun hingga 40 tahun.
“Punca kematian setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SD) dan mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.-sinar harian
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda