Tertuduh menutup muka ketika dibawa keluar dari mahkamah.
Tertuduh, Soo Lik Duo, 34, didakwa dengan niat membunuh Nur Irisyafida Balkis antara jam 3 petang hingga 8 malam di sebuah rumah di Taman Bistari, Tongkang Pechah, di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Farhana Adham manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret Amalia Marsita Hamdan menetapkan 10 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat.
Di mahkamah yang sama, tertuduh turut didakwa memiliki sepucuk pistol tiruan yang dijumpai atas siling ruang dapur di rumah sama, kira-kira pukul 4.10 pagi.
Dia didakwa mengikut Sekyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM5,000.
Pertuduhan miliki sepucuk pistol tiruan itu disebut semula pada 10 Disember ini setelah tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Media sebelum ini melaporkan seorang bayi perempuan berusia lapan bulanmeninggal dunia pada 16 Oktober lalu dipercayai akibat didera.-sinar
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda