Kerana 'seha' Siti Fazurina dikecam
Pelakon Siti Fazurina Dikecam Kerana ‘Seha’ : Pelakon Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 30 akui sering dikecam peminat menerusi laman sosial gara-gara watak ‘Seha’ yang dipegangnya dalam drama rantaian Trilogi Cinta 2 yang disiarkan di TV1.
“Sejak musim baru Trilogi Cinta yang ditayangkan pada September lalu saya mula menerima pelbagai komen rata-rata membenci perwatakan ‘Seha’ yang jahat serta kejam’
“Bagaimanapun saya tidak tergores hati dengan komen-komen yang diberikan kerana tahu mereka merujuk kepada watak itu dan ia petanda lakonan saya telah berjaya memberi kesan kepada penonton”
Trilogi Cinta 2 juga turut membariskan pelakon seperti Rosyam Nor, Fouziah Gous, Rita Rudaini dan Aidil Azizi itu ditayangkan setiap hari Khamis dan Jumaat pukul 10 malam.
“Menerusi Twitter kita boleh dapat maklum balas segera dari peminat berhubung lakonan mahupun hal-hal lain yang berkaitan dengan kerjaya saya sebagai pelakon”
“Dan selain itu kita dapat mengambil komen-komen yang positif serta negatif untuk memperbaiki mutu lakonan pada masa hadapan”
Dalam pada itu, bercakap mengenai perkembangan terkini Fazurina berkata, dia baru sahaja siap drama terbitan pertama syarikatnya, Tripix Studios berjudul Hana bagi siaran RTM.
Walaupun masih belum mendapat tarikh tayangan namun dia teruja bagi melihat reaksi penonton terhadap drama bersiri itu.
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda