Pada 16 November lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menurunkan mayat yang tergantung di pokok dalam kawasan semak kawasan perumahan di Taman Castlefield, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Seramai sembilan orang anggota bomba telah ditugaskan untuk menyelamatkan mayat tersebut yang sudah berbau itu.

Operasi tersebut telah diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba, Ahmad Fairuz Kamsari.

Usaha menyelamat itu memakan masa selama 20 minit dan sejurus selesai, mayat tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk proses siasatan selanjutnya.


Pihak bomba menerima aduan kecemasan itu dari pihak polis tepat jam 3.39 petang pada hari yang sama.

Bagaimanapun difahamkan kejadian ini tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.










Sumber: Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia W.P Kuala Lumpur via suarapeople

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top