Prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Palestine selama ini, pemain bola sepak yang kacak dan popular iaitu Cristiano Ronaldo bersama rakan-rakannya di Real Madrid telah berusaha untuk membantu dengan menderma sejumlah wang besar terhadap kanak-kanak di negara itu.

Usaha Cristiano Ronaldo yang cukup murni ini telah dimulakan sejak tahu lalu lagi, malah pemain sayap kanan Real Madrid itu juga telah mendermakan kasut emas yang dimenanginya itu kepada Palestine.


Namun, tentu ada yang tertanya-tanya mengapa Cristiano Ronaldo begitu beriya-iya membantu Palestine? Jawapannya, dia percaya bahawa Palestine harus mendapatkan hak kebebasanya sendiri sebagai sebuah negara.


Seperkara lagi, dia benci melihat kanak-kanak di Palestine terpaksa melalui keadaan yang sama seperti apa yang dilaluinya bersama keluarganya sebelum dia berjaya menjadi antara pemain bolas sepak yang menerima bayaran tertinggi di dalam bidang sukan ini.

wow....sangat kreatif,Jom lihat gambar² apartment yang telah diubahsuai

Tak masuk akal!!!Cuma senyum tetapi dibayar RM50,000?dunia akhir zaman


Yang mana, dia dan keluarga terpaksa hidup di dalam kemiskinan. Walaupun tidak pernah melalui suasana peperangan, namun kehidupan Cristiano Ronaldo dan keluarganya pada masa itu memang sangat daif.

Jadi, disebabkan itu, dia mahu melihat kanak-kanak Palestine ini hidup dalam suasana yang lebih baik serta bebas.

Setakat ini, banyak yang telah dilakukan oleh Cristiano Ronaldo termasuklah melelong kasut-kasut sukan yang didermakan kepada Yayasan Real Madrid yang sememangnya ditubuhkan untuk mengutip dana bagi membantu membina sekolah-sekolah di tebing Gaza.

Menariknya, hasil daripada yang dikutip itu, Yayasan Real Badrid bercadang untuk membina 8 buah sekolah di wilayah Palestine yang mana ia akan dibiayai yayasan ini sepenuhnya.-suarapeople

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top