Biji gajus yang memasuki paru-paru mangsa.


ALOR GAJAH – Gara-gara jari telunjuk digigit sepupu, seorang bayi perempuan berusia setahun 8 bulan nyaris maut tersedak biji gajus yang dikunyah di Kampung Pegoh Dalam, di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, bayi berkenaan, Nur Alisha Qashidah bersama sepupunya yang berusia setahun 6 bulan bermain sambil makan gajus sebelum sepupu bayi terbabit tergigit jari bayi itu.

Ibu Nur Alisha, Roslina Md Jusin, 27, berkata, ketika kejadian dia memasak di dapur sebelum terdengar anak keduanya itu tersedak dan menjerit.



Menurutnya, dia segera mendapatkan Nur Alisha yang sudah pun berada dalam keadaan separuh sedar dan mulut membiru.

“Menyedari ada kesan serpihan biji gajus yang dikunyah, saya terus menekan bahagian bawah dadanya untuk mengeluarkan apa yang dimakan namun gagal,” katanya.

Nur Alisha terselamat selepas tercekik gajus yang dimakan.


wow....sangat kreatif,Jom lihat gambar² apartment yang telah diubahsuai

Tak masuk akal!!!Cuma senyum tetapi dibayar RM50,000?dunia akhir zaman


Menurut anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Alor Gajah itu, melihat anak mulai tersedak dalam keadaan sangat lemah saya terus memanggil suami, Hamdan Abdullah, 38, yang ketika itu berada di luar rumah.

Menurutnya, dalam keadaan panik dia segera membawa anaknya ke Hospital Alor Gajah namun anaknya sudah terkulai.

“Anak saya kemudiannya diberikan bantuan oksigen sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

“Ujian imbasan yang dilakukan mengesan ada objek pada paru-paru anak. Luluh hati saya lihat anak terkulai lemah dan pucat,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, pihak hospital mendakwa terdapat biji gajus pada paru-paru anaknya walau bagaimanapun ia berjaya dikeluarkan.

“Keadaan mencemaskan apabila pihak hospital memaklumkan anak berada dalam risiko selepas mendapati berlaku pengecutan pada paru-paru.

”Bagaimanapun saya bersyukur apabila pihak hospital mengesahkan anak kini kembali pulih namun saya masih trauma dengan apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Hospital Melaka berkata, mangsa dimasukkan ke ICU bagi mengeluarkan semula gajus yang memasuki paru-paru mangsa dengan menggunakan alat penyedut khas dan mendapati berlaku pengecutan pada paru-paru bayi terbabit.

“Bagaimanapun mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas biji gajus yang dikunyah tidak hancur itu berjaya dikeluarkan namun mangsa memerlukan rawatan susulan bagi memastikan sihat sepenuhnya,” katanya.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top