kemalangan maut menyayat hati di Gopeng.
Gopeng - “Anggota badan beberapa rakan saya bersepah di atas jalan, malah otak mereka turut hancur. Lebih menyedihkan, ketika saya mengangkat mayat seorang daripada mereka yang tubuhnya hampir putus dua akibat digilis treler.”
Itu kata Abdul Nasir Abdul Rahman, 49, rakan empat pekerja kontraktor syarikat Projek Penyelenggara Lebuhraya Berhad (Propel) yang terbunuh selepas digilis dan diseret sebuah treler lebih 10 tan berhampiran Kilometer 294.1, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Gopeng, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi yang turut menyebabkan enam parah itu, treler membawa coklat terbabit hilang kawalan dan memasuki lorong kecemasan lalu merempuh lapan pekerja Propel yang melakukan tugas pemasangan kabel optik di bahu lebuh raya.
Treler itu turut merempuh empat kenderaan iaitu sebuah lori satu tan, van, pacuan empat roda dan kereta Proton Iswara yang dinaiki semua mangsa untuk ke tempat mereka bekeija.
Mangsa yang terbunuh ialah Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shakin Baru, Ipoh, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kampung Masjid, Kuala Kangsar dan Mohd Hafez Yunos, 39, dari Taman Keramat, Kuala Lumpur yang mati di tempat kejadian.
Seorang lagi mangsa, Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Taman Merawan, Kulim, Kedah pula me ninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh ketika menerima rawatan. Pemandu treler terbabit dan kelindannya parah, namun identiti mereka belum diumumkan polis.
Abdul Nasir berkata, ketika kejadian dia tidak bekerja dan tidur di rumahnya di Ipoh sebelum menerima panggilan telefon daripada rakan, Dino Azmi, 36, yang cedera dalam nahas itu.
“Dino beritahu semua rakannya melambung dirempuh treler dan saya bergegas ke tempat kejadian. Sebaik sampai, saya dapati keadaan amat dahsyat dengan semua mangsa bergelimpangan di atas lebuh raya.
“Anggota Bomba dan Penyelamat Gopeng yang berada di tempat kejadian memberi bantuan kecemasan,” katanya yang juga kontraktor syarikat Propel beribu pejabat di Silibin, di sini.
Menurutnya, anggota polis yang berada di tempat kejadian kemudian mula mengira serta mengenal pasti identiti mangsa dan ketika itu baru disedari, seorang daripada mangsa, Mohd Shafie tidak ditemui.
“Saya membantu mencari Shafie sebelum menemui mayatnya terperosok di bawah lori satu tan yang dirempuh treler. Mayatnya yang hampir putus dua itu ditarik keluar dari bawah lori.
“Saya membantu mengangkat mayatnya ke dalam kenderaan polls untuk dibawa ke hospital. Mohd Shafie amat rapat dengan saya dan dia baru setahun berpindah ke Ipoh selepas bekerja di Kuala Lumpur selama tiga tahun,” katanya.
Abdul Nasir berkata, dia percaya kemalangan ngeri itu berpunca daripada kecuaian pemandu treler terbabit kerana semua pekerja syarikat tempat dia bekerja sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan.
“Kami pasti akan meletakkan kon dan lampu keselamatan ketika bertugas dan kenderaan kami pula diletakkan di lorong kecemasan lebuh raya,” katanya.
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda