Mesir telah mengedarkan kepada para wartawan berhubung nas agenda gencatan yang telah dicapai antara Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS) dengan rejim zionis pada malam ini dan pihak tengahnya adalah Mesir:

- Rejim zionis menghentikan kesemua bentuk serangan di Semenanjung Gaza sama ada darat atau udara.

- Pejuang-Pejuang Palestin menghentikan tentangan dari Semenanjung Gaza terhadap rejim zionis, termasuk serangan roket dan operasi serangan melalui garisan sempadan.



- Membuka perlintasan(terminal/sempadan) serta memudahkan laluan keluar masuk individu dan barang-barang dagangan serta tidak mengikat pergerakan penduduk. Demikian itu, perkara ini terlaksana selepas 24 jam.

*Perkara-perkara lain akan dilihat semula apabila diminta.

Perlaksanaan:

- Mesir telah mendapat jaminan dari kesemua pihak untuk memberi komitmen kepada persetujuan ini.

- Kesemua pihak tidak akan melakukan apa-apa tindakan yang boleh terkeluar dari persefahaman ini. Sekiranya ada sebarang pemerhatian sila rujuk kepada Mesir yang dianggap sebagai pihak tengah kepada persefahaman ini.

Sumber:
21/11/2012, web berita Irarab | sumber

فاءن تولوا فقل حسبي الله لا اله الا هو عليه توكلت
وهو رب العرش العظيم
اللهم انصر اخواننا المجاهدين و المستضعفين
اللهم ثبت قلوبهم على دينك وطاعتك

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top