Islam Hubungan Peribadi Saya Dengan Allah - Daphne Iking
Mendalami agama Islam pada awalnya agak sukar bagi personaliti TV, Daphne Iking. Daphne yang masih baru memeluk agama Islam akui dia pernah bimbang dengan tanggapan keluarga, rakan-rakan dan media terhadap keputusannya.
Namun, perkara itu tidak menjadi penghalang untuk dia mempelajari ilmu agama.
“Saya banyak bertanya kepada ustaz dan ustazah. Selain itu, saya juga mengikuti program usrah bersama selebriti Wardina Safiyyah”, kata Daphne.
Tambah Daphne, sebagai saudara baru, dia berhadapan dengan pelbagai stigma masyarakat mengenai agama Islam. Hal itu, diatasinya dengan tenang dan matang.
“Bila memeluk agama Islam, ramai yang mengatakan saya wajib bertudung, dilarang memegang anjing dan sebagainya. Tapi sebagai saudara baru, saya masih dalam proses mengenali dan mempelajari Islam. Setiap apa yang dikatakan oleh masyarakat, saya akan rujuk pada Al-Quran untuk mencari bukti yang sah”, katanya yang kini bergelar isteri kepada usahawan, Azmi Abdul Rahman.
Daphne percaya bahawa agama merupakan satu hubungan istimewa antara seseorang dengan tuhan.
“Saya ingin jadikan agama ini sebagai satu hubungan peribadi saya dengan Allah dimana ia tidak melibatkan orang lain. Apa yang saya buat, biar Allah yang menilai”, kata Daphne.
Dalam pada itu, Daphne yang kini memiliki dua orang puteri, menyatakan keinginannya untuk memiliki cahaya mata lelaki.
“Saya mahukan anak lelaki tetapi suami belum bersedia”, katanya. – Gua.com.my
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda