Haji Aamir Khan Selamat Tiba Di Mumbai
KUALA LUMPUR : Pelakon Aamir Khan atau kini dikenali Haji Aamir Khan telah selamat tiba di Mumbai pada malam Khamis lalu selepas ke Tanah Suci bagi mengerjakan Haji.
Dia yang kesana pada 19 Oktober lalu turut membawa ibunya, Hajah Zeenat Hussain bersama-sama bagi mengerjakan rukun Islam yang kelima itu.
Selain mereka berdua, lapan lagi saudara mara turut serta di dalam rombongan ke Mekah.
Pemergian Aamir mendapat perhatian ramai dari para peminat, pengikut serta media.
Semasa tiba di Chhatrapati Shivaji Terminus, Mumbai, hero filem Maan itu disambut meriah oleh rata-rata masyarakat.
Aamir di dalam satu kenyatan, telah melahirkan rasa gembira selepas menunaikan haji bersama berjuta umat Islam lain.
Dia juga dikatakan amat menjaga ibunya yang tidak berapa sihat.
“Aamir sentiasa risaukan kesihatan ibunya sepanjang kunjungan mereka ke sana.
“Tetapi mereka pulang dengan selamat.
“Dia (Aamir) menjalankan tanggungjawab sebagai anak, menolak kerusi roda ibunya sepanjang waktu di Mekah,” kata salah seorang saudaranya.
Kini, dia kembali sibuk dengan jadual pengembaraan bagi filem Dhoom 3 di Chicago. – MyNewsHub
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda