Mohd Zakee bersabung nyawa ketika disambar api, pagi kelmarin.
Menceritakan detik cemas itu, Zakee hanya sempat menoleh ke belakang sebelum berlari menyelamatkan diri selepas api menyambar bajunya yang dipenuhi tumpahan minyak bocor dari tangki itu.
“Apa yang saya fikirkan ketika itu untuk memadamkan api di pakaian saya. Tanpa berlengah, saya terus berguling di atas simen beberapa kali yang jaraknya hampir 20 meter dari tempat kejadian sebelum masuk ke dalam lopak air.
“Mujurlah api yang pada mulanya marak membakar baju dapat dipadamkan dan saya hanya lecur di leher dan kedua-dua telinga,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), semalam.
Mohd Zakee berkata, buat masa ini dia diberi cuti tiga hari dan dinasihatkan berehat.
“Sepanjang berkhidmat sebagai anggota bomba selama 16 tahun, ini adalah pengalaman pertama saya menghadapi kebakaran paling besar dan menyebabkan kecederaan.
“Walaupun kejadian ini menyebabkan saya dan sembilan lagi anggota terpaksa menanggung kesakitan, namun saya tidak patah semangat dan akan terus berkhidmat dalam pasukan demi membantu masyarakat dan memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya.
Dalam kejadian kelmarin, 10 anggota bomba cedera selepas tangki minyak silinder yang mengandungi campuran minyak diesel meletup setelah dua daripada empat tangki itu bocor ketika anggota bomba memadam kebakaran.
Akibat letupan tersebut, lima anggota cedera parah dan ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) manakala yang lain cedera ringan, menerima rawatan sebagai pesakit luar.-sinar harian online
Tahniah atas usaha gigih, cuma dukacita atas apa yg berlaku..itu adalah ujian.
BalasHapusSalam hormat daripada Kasihsalina