Gambar hiasan semata-mata.
KUALA TERENGGANU: Seorang ibu tunggal berumur 38 tahun bersama anak perempuannya berusia 17 tahun antara 400 orang yang ditahan dalam Operasi Khas Trafik Bukit Aman di hadapan kem tentera di Jalan Padang Midin, di sini, kelmarin.
Dalam operasi jam 6.30 petang itu, dua beranak yang berasal dari Kampung Kuala Ibai, di sini yang ketika sedang berkumpul menyaksikan aksi lumba haram sehingga mengganggu ketenteraman awam dan lalu lintas di kawasan berkenaan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis yang berpakaian preman.
Wanita bersama anaknya yang keciciran sekolah sejak berada di tingkatan dua itu bertindak memecut motosikal Yamaha Ego sebelum berpura-pura menyiram pokok bunga di kediaman penduduk berhampiran bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa. Malah, dua beranak ini juga di kenal pasti pernah ditahan beberapa kali atas kesalahan bersama kelompok ramai samseng jalanan selain turut mempunyai dua saman senarai hitam.
Selain ada yang sanggup menggadai nyawa dengan menunggang motosikal secara melawan arus, seorang pendawai elektrik berusia 18 tahun dari Kampung Seberang Marang, Marang dan seorang pembantu kedai makan berusia 21 tahun dari Manir turut ditahan kerana bertindak merempuh anggota bertugas dan memandu secara merbahaya bagi meloloskan diri. -mymetro
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda