Kejadian berlaku di Klang Bandar Puteri, dua lelaki bersenjatakan parang menyamun kedai menjual telefon bimbit dan kad tambah nilai. Kerugian di anggarkan berjumlah RM4,000

Kejadiam berlaku pukul 7.30 malam dalam masa hanya satu minit 43 saat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan rakamannya di sebar melalui laman sosial.
Berdasarkan rakaman itu, seorang wanita di percayai pekerja di situ  berseorangan menjalankan tugas di bahagian hadapan kedai kemudiannya dua orang lelaki berusia antara 25 hingga 30 tahun masuk.
Berdasarkan rakaman itu, pekerja berusia 20-an itu tidak menyangka dua lelaki itu berniat jahat dan terkejut apabila mereka mengeluarkan parang dari dalam baju.

Sebaik mengeluarkan parang, seorang daripada penjenayah memasuki ruang kaunter tempat telefon bimbit disimpan manakala rakannya menggeledah bahagian hadapan kaunter terbabit.

seorang lelaki melibaskan parang terhadap seorang perkerja

Seorang daripada mereka melibas parang ke arah pekerja kedai terbabit bagi menakutkan mangsa dan pada masa sama seorang pelanggan dilihat melarikan diri apabila mengetahui dua penjenayah berada dalam premis sebelum seorang daripada suspek keluar dipercayai meninjau keadaan.

Beberapa minit kemudian, lelaki terbabit masuk semula dan mengambil beberapa telefon bimbit dan mengarahkan rakannya mengambil kad tambah nilai serta wang tunai dalam laci kaunter.

Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan Proton Myvi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan kejadian itu berkata, kedua-dua lelaki itu melarikan wang tunai RM900, kad tambah nilai kira-kira RM1,800 serta 11 telefon bimbit pelbagai jenama.

“Usaha mengesan mereka kini giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

seorang lagi mengeluarkan senjata dalam baju



Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top