IPOH - Sepatutnya pengguna menerima 70 liter untuk RM100, tetapi hanya 65 liter sahaja, Tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor di dapati mengubahsuai pam pengagih minyak untuk mengaut keuntungan sejak beberapa bulan lalu.

Tiga stesen di serbu hanya satu di sita kerana kesemua 26 pam pengagih minyak di ubah suai & tidak mengikuti specifikasi yang di tetapkan . Penipuan di kesan selepas pengguna mendapati sukatan petrol atau diesel kurang dengan harga sebenar seterusnya mereka mebuat aduan ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri.

Mohd Zulkifli Saidi, Penolong Pengarah Kanan Unit Metrologi Sah Bahagian Penguatkuasaan PPDNKK Putrajaya bersama 10 pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan di stesen minyak berkenaan dan berjaya mengesan sebuah stesen minyak yang menjalankan kegiatan tersebut selepas membuat pemeriksaan menggunakan silinder penyukat bahan api.


Mohd Zulkifli berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda RM4,000 bagi setiap sukatan yang diselewengkan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Katanya, operasi diperluas ke seluruh negara bagi memastikan pengusaha tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih.


 cara mengesan penipuan yang dilakukan menggunakan silinder penyukat cecair bahan api.

Di bawah ini sukatan minyak RON95 (Liter) yang anda patut dapat bergantung kepada wang yang anda bayar.
RM10 — 4.762 Liter RM20 — 9.524 Liter RM30 — 14.286 Liter RM40 — 19.048 Liter RM50 — 23.810 Liter RM60 — 28.571 Liter RM70 — 33.333 Liter RM80 — 38.095 Liter RM90 — 42.857 Liter RM100 — 47.619 Liter RM110 — 52.381 Liter RM120 — 57.143 Liter RM130 — 51.905 Liter RM150 — 61.905 Liter RM160 — 76.190 Liter RM170 — 80.952 Liter RM180 — 85.714 Liter RM190 — 90.476 Liter RM200 — 95.238 Liter
Perhatikan meter RM dan Liter semasa mengisi minyak di stesen minyak.
Jika anda dapat kurang daripada sukatan yang sepatutnya, sila laporkan kepada pihak berkuasa!
Sebarkan!


Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top