Seorang Wanita Diculik Di Bukit Jelutong, Pagi tadi | Pagi tadi sekitar jam 8.25 pagi, satu kes culik melibatkan seorang perempuan telah dilaporkan berlaku di Bukit Jelutong, Selangor.

Pelaku dipercayai menggunakan kereta Proton Waja berwarna perak bernombor pendaftaran PFF 313.

Satu laporan polis bernombor BKT Jelutong/007478/13 telah dibuat dan kes diletakkan di bawah seliaan pegawai Hanizah Bt. Musuh.

Seseorang yang enggan mendedahkan identiti menyatakan, isterinya ternampak kejadian berlaku di mana seorang perempuan ditarik daripada basikal yang ditunggang ke dalam kereta berkenaan. Terdapat dua individu disyaki terlibat dalam kes ini.

Kejadian berlaku di Persiaran Gerbang Utama berdekatan kedai ‘Jasmine Tom Yam’ dan padang bola.

Sebaik melihat kejadian mencemaskan ini isterinya cuba membantu dengan menjerit dan membunyikan hon kereta bertalu-talu untuk mendapatkan perhatian pemandu lain namun tiada siapa yang sudi berhenti menolong.

Mereka yang dapat membantu siasatan, diminta menghubungi Balai Polis Bukit Jelutong di talian 03-7847 2022. -mynewshub

Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign

Posting Komentar

  1. alhamdulillah... masih ada makhluk ALLAH yang masih rasa bertanggungjawab melaporkannya kepada pihak polis...

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top