(5 GAMBAR)Suami Sempat Hubungi Isteri Beberapa Minit Sebelum Kejadian – Anak Saudara
(5 GAMBAR)Suami Sempat Hubungi Isteri Beberapa Minit Sebelum Kejadian – Anak Saudara | SUBANG JAYA – ”Pak Cik Wan ada menghubungi isterinya beberapa minit sebelum kejadian,” kata Mohd Fakri Azad M Azhar Syawal, 22, anak saudara kepada pegawai operasi AMBANK, Norazita Abu Talib, 37, yang maut ditembak dalam kejadian rompakan di bank berkenaan di cawangan Jalan USJ Sentral 2, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 petang itu, mangsa maut di tempat kejadian selepas ditembak penjenayah berusia 37 tahun yang juga pengawal keselamatan bank berkenaan bersenjatakan pump gun di bahagian kepala kiri.
Menurutnya, bapa saudaranya itu menghubungi Norazita sebelum berpesan supaya berhati-hati ketika memandu pulang ke rumah kerana hujan.
“Bapa saudara saya bimbang kerana mak cik (Norazita) rabun dan sudah tentu sukar untuk memandu dalam keadaan hujan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Bercerita lanjut, Mohd Fakri berkata, Pak Cik Wan menghubungi Norazita sekali lagi namun panggilan kedua itu tidak dijawab.
“Tidak lama kemudiannya, Pak Cik Wan memberitahu saya bahawa dia dihubungi pihak bank namun pengurusan bank berkenaan tidak memaklumkan apa yang berlaku sebaliknya mengarahkannya segera ke bank berkenaan.
“Dia (Pak Cik Wan) bergegas ke bank itu namun tidak mengesyaki apa yang berlaku dan terkejut selepas dimaklumkan kejadian sebenar sebaik tiba di lokasi kejadian,” katanya.
Tambahnya, mangsa meninggalkan sepasang cahaya mata iaitu seorang perempuan berusia 10 tahun dan lelaki berusia 7 tahun.
“Pak Cik Wan masih lagi dalam keadaan terkejut dan ibarat kehilangan separuh jiwa kerana amat menyayangi isterinya. Buat masa ini dua anaknya masih belum diberitahu tentang kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan penjenayah terbabit.
“Suspek masih bersenjata dan kami harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit,” katanya yang turut mengedarkan gambar suspek di lokasi kejadian kepada media.
Katanya, sehingga kini, pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu ringgit.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK). Mayat mangsa juga dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya. -hmetro
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun. Moga dirahmati Allah.
BalasHapusHarapkan pagar, pagar tak boleh harap..! Nak ambik duit, ambik je la.. Sampai lepaskan tembakan buat hapa!!?? Dasar tak sedar dek untung..!
BalasHapusInna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun..Al Fatihah..semoga di rahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orng2 yg beriman
BalasHapusAlfatiha,ucapan takziah kepada keluarga mangsa
BalasHapusal-fatihah.. org sabah tu.. entah2 org sulu...
BalasHapusmanusia bole jadi lebih teruk dari binatang bila nampak duit...mmg lahanat!
BalasHapusal-fatihah tuk mangsa..takziah tuk keluarganya
nak buat cam na malaysiakan masih aman huhuhu
BalasHapuscam sial la lu
Hapustakziah kpd kluarga mangsa
BalasHapusIni la akibat undi UMNO dan BN, aku x salahkan org yg merompak bank. Tp salahkan najib n rosmah. Harga barang naik, gaji ciput. bodohnyer najib..
BalasHapuslu lg mau bangang ka. Cis
HapusNi nasihat aku pada pegawai bank, nyawa anda lebih berharga drpd wang tersebut. Kalo aku jd pegawai bank tu, aku biarkan aje dia rompak duit bank. Apa nak risau, bank kan di cover oleh insuran. Nyawa lg penting... sayangi lah org yg tersayang..
BalasHapusApa yg korg tau, main tibai je... korg tau ke situasi sebenar... jgn ckp byk la... al-fatihah buat mangsa..
HapusDuit boleh cari, nyawa???
BalasHapusInna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun..semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan org2 yg beriman..Al-Fatihah ..amin
BalasHapusIndon ni gune ic palsu.kengkonon org sabah..
BalasHapusinnalillahiwailaihirojiun... al-fatehah buat arwah... semoga keluarganya bersabar...
BalasHapuskepada sahabat & saudara - jgn mudah menunding jari (tak ada kena mengena dengan najib & rosmah...) berhemah lah anda...
Aku salahkan PAS dan PKR kerana dasar2 bangang yang diorang tunjuk sampai masyarakat sekarang huru hara.. Bodoh punya jubur & pengeluar amanat memecahbelahkan masyarakat..
BalasHapusSyukurlah malaysia masih aman..
Hapustak payah menyalahkan orang lain lagi2 hal politik siapa pun berkuasa sama aje datangnya...diri sendiri kena betulkan.......jalan mudah barang mahal lawannya berjimat cermat.....minyak naik kurang kan perjalanan.
BalasHapusKnp najib kata x payah ada hudud kat malaysia?
HapusSbab malaysia masih aman?
Nk ikut ckap menteri klau xnl kne tembak p kluar ke negara lain?
sokong 100%
BalasHapusDulu kata ISA zalim...nampak klu tiada undang2 yg mengikat manusia..ni la jadi nya. Sudah tiba Malaysia mengamalkan HUDUD. Yakin pd Allah..ni byk sangat songeh itu tak boleh ini tak boleh..bukan kah Malaysia Boleh??!!
BalasHapusAlfatihah buat Allahyarhamah Norazita. Moga anda ditempatkan bersama2 yg beriman dibawah lindungan Allah swt. Innalillah hiwainaa ilaihirajiuun.
BalasHapusInna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun..semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan org2 yg beriman..Al-Fatihah ..amin
BalasHapusinilah akibat projek IC di SABAH..alahai!!!
BalasHapusKASIHAN DAN TAKZIAH kepada keluarga...bersabarlah.
BalasHapuskalaulah aku jadi anak/adik/saudara mangsa, memang aku shotgun kepala suspek tu balik
ya ALLAH... kenapa tergamak sampai sanggup merampas insan tersayang orang lain...
BalasHapusMy latest entry:KTM Duke 390 yang WALLAHHHH
al-fatihah....salam takziah buat keluarga beliau.... > dasar lahanat penembak tuu....
BalasHapusBetul ke mangsa melawan? Kalau tengok CCTV yang tersebar pengawal zalim tu terus tembak je dari jauh. Memang kejam.
BalasHapusBetul 2.......jantan 2 trus tembak.....al fatihah buat mangsa......
HapusBetul 2.......jantan 2 trus tembak.....al fatihah buat mangsa......
Hapushudud patut dilaksanakan..
BalasHapusTakziah buat keluarga mangsa. Kejam sungguh. Kalau gertak je tak leh ke? Ni siap tembak mati tu. Jahat..Jahat..Jahat..
BalasHapusAl Fatihah buat arwah,,,,jgn kite bgadoh sesama sendr,,,bkn dpt ape pon,,,jgn dsbbkn hal ini,,,sumer bender nk dpolitikkn,,,sumer yg blaku adalah ketentuan Tuhan,,harap penjenayah tu dpt dberkas scepat mungkin dan dhukum reman sampai mati.baru dia tau,,,
BalasHapusaku dapat sisial tu ,aku kerat2 ruas sendi tubuh dia.......
BalasHapusALFATIHAH untuk arwah
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
BalasHapusAlfatihah buat arwah.....
BalasHapusSemoga ditempatkan di kalangan yang beriman....
Amin.....
..warga sabah dari tawau...ermmm..susah mau komen nnt timbul lagi isu...
BalasHapusal fatihah
BalasHapus