Madonna Sedang Pelajari Al-Quran?AGAK menarik cerita ikon pop Amerika, Madonna yang kini dikhabarkan sedang mempelajari kitab suci Al-Quran.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual bersama majalah Harper’s Bazaar baru-baru ini.

“Saya sedang membina sekolah untuk gadis-gadis di negara Islam dan mempelajari Al-Quran. Adalah penting untuk mendalami semua kitab suci.

“Sahabat saya, Yaman selalu memberitahu saya, seorang Muslim yang baik ialah penganut Yahudi yang baik, dan seorang Yahudi yang baik ialah penganut Kristian yang baik, dan seterusnya. Saya mempersetujuinya,” ujar Madonna.

Bagi penulis, tidak ada salahnya untuk beliau mempelajari kitab suci Al-Quran ini.

Mana tahu ia dapat membuatkan Madonna memahami keindahan sebenar ajaran Islam yang selalu dilabelkan sebagai ‘ganas’ di mata Barat?


Posting Komentar

  1. madonna adalah salah satu artis yg percaya akan freemason dan mengamalkan freemason.

    BalasHapus
  2. Kata imam Al-Ghazali;
    1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak , anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Ini kerana kanak-kanak ini belum melakukan dosa, sedangkan kita entah berapa banyak berdosa sesama manusia dan kepada Allah s.w.t.

    2. Bila bertemu dengan orang yang lebih tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. Ini kerana mereka sudah lama beribadat dan sudah banyak pengetahuan dan pengalaman daripada kita.

    3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita. Ini kerana dia mempunyai banyak ilmu yang telah dipelajari dan diketahui daripada kita.

    4. Bila melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita. Ini kerana dia membuat dosa dalam keadaan dia jahil. Sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

    5. Jika melihat orang yang jahat, janganlah anggap kita lebih mulia daripada dia. Ini kerana mungkin suatu hari nanti dia akan menyesal dan insaf serta bertaubat atas kesalahannya.

    6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan dalam hati kita bahawa mungkin pada suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Agama Islam. Maka segala dosanya akan diampunkan oleh Allah…sedangkan kita…..

    BalasHapus
  3. Satu yg aku respect kat Madonna sejak 30 tahun dulu. Dia amat jarang or mgkn takde langsung nak kutuk pasal orang lain walaupon orang lain selalu kutuk dia. Cthnya Whitney Houston pernah kutuk yang dia takkan semurah Madonna menjual nama dan lagu yang takde faedah.. last2 hambek ko, Whitney yang mati sbb dadah gitu...

    BalasHapus
  4. semoga dibuka kan pintu hati nya untuk islam

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top