Indra Putra Terima Ugutan Bunuh (3 GAMBAR) Kota Bharu: “Korang (anda) semua ada tak lubang-lubang kongsi gelap yang ada pembunuh upahan. Aku nak upah bunuh ref (pengadil) dengan Indra Putra (Mahayuddin, penyerang pasukan bola sepak Kelantan).

“Kalau dapat cacatkan dia pun ok. Harga aku bagi double (dua kali ganda).” Demikian coretan berunsur ugutan diposkan seorang lelaki dipercayai penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) melalui laman sosial Facebook (FB).

Ugutan bunuh itu terpapar dalam laman FB milik lelaki terbabit selepas perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, Sabtu lalu yang menyaksikan pasukan The Red Warriors (TRW) membenam JDT 6-1.

Lelaki yang menggunakan nama Boy Nazrie itu membuat kenyataan kononnya mahu mengupah kongsi gelap yang mempunyai pembunuh upahan untuk membunuh pengadil perlawanan malam berkenaan serta Indra Putra.




Difahamkan, lelaki itu tidak puas hati dengan tindakan Indra Putra yang didakwa mengasari penyerang JDT Norshahrul Idlan Talaha sehingga menyebabkan hidung pemain kebangsaan itu berdarah dan diberikan rawatan.-hmetro

Posting Komentar

  1. brdarah hidung jer pun bukan patah kaki..

    BalasHapus
  2. mengarutlah semua ini,anak lelaki la,setakat kena sikit macam tu,dah macam2,standard la permainan,main ragbi tgk mcm mana,lg truk,bkn drh lg dh hdg,jatuh trus..

    BalasHapus
  3. mcm bodo nak mampos jer... :(

    BalasHapus
  4. mmg patot pon si mat yo kena... hahaha... ini makan nye untuk owg yg berlagak... bini pon kuang ajar... rasekan la... aku sokong indra...hahahaha... puas ati...

    BalasHapus
  5. mase kt larkin, ada TRW terima layanan mcm 2 x?? xde kan? aku nk tengok je dorg maen ngn ATM, perangai..

    BalasHapus
  6. hidung berdarah jew pon,,, 2 pun sampai nak ugut2,,
    ape la korang ni,, biar la diorang nak wat ape pon,, allah ade,, biar la allah yg mengadili mereka ...

    BalasHapus
  7. Boy nazrie pengecutttt....... sndri mo sndri bt lar

    BalasHapus
  8. keputusan dlm padang hak pengadil..klu ko org pandai sgt nape xjd pengadil...adatlh main bola...terkasar dan dikasari tu normal...kalah menag tu lumrah...ada akal gunakan

    BalasHapus
  9. Baru berdarah hidung.. Belum lagi patah kaki macam pemain bola sepak luar negara..

    BalasHapus
  10. KALAH HABAK KALAH LAAA BENDA DH LEPAS SIALLL

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top