Enam Beradik Ditinggal Keluarga,Si Bongsu 'Nyawa-nyawa Ikan' Akibat Kelaparan (2 GAMBAR)
Enam Beradik Ditinggal Keluarga,Si Bongsu 'Nyawa-nyawa Ikan' Akibat Kelaparan (2 GAMBAR) | KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.
Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.
Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.
"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.
“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.
“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.
"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.
Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.
Terkenal sikap suka 'perang besar'
Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.
“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.
“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.
Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.
"Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat campur tangan," katanya.
Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.
“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.
"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.
Anak-anak tak banyak karenah
Seorang jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.
“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.
"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.
“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.
Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.
“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.
“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya.-sinar harian
Tergamaknyer...xpaham la pemikiran ibu bapa budak ni...budak tu berhak hidup...knp lahirkn dia kalo xboleh bela..buang lah rahim tu..hishh..
BalasHapuskalau ada orang berminat nk menjadikan mereka anak angkat ..bagaimana ya?
BalasHapusComel2 anknya..kepada sesiap yg xde anak tu n bkemampuan ambilah budak2 ni jd ank angkat..besar ganjaranya membantu ank yatim...semoga nasib ank2 ini terbela dgn sewajarnya dan hukum ibu bapa xguna ni..tahu beranak saje membela xnk..
BalasHapusComel2 anknya..kepada sesiap yg xde anak tu n bkemampuan ambilah budak2 ni jd ank angkat..besar ganjaranya membantu ank yatim...semoga nasib ank2 ini terbela dgn sewajarnya dan hukum ibu bapa xguna ni..tahu beranak saje membela xnk..
BalasHapusx faham dengan hati ibubapa diorang ni...xde rasa kesian ke...sy tinggal ank kat rumah pengasuh pun duk terigt2 24 jam..ini biarkan ank cam tu je...
BalasHapusye lah kan kita tak tau masalah sebenar mak bapak dorang nie..tapi macam mana sekali pun tolong la jgn ditinggalkan anak2 macam nie apatah lagi yang paling kecik tue.....emak nyer tak rasa apa ker.......susah2 lahirkan senang2 plak tinggalkan......naperla...penting kan diri sangat........kalo jadi yang buruk2 macam mane...suke ke tidak.......huish......harap2 anal2 nie dapat pembelaan sewajarnya.......kalo mak bapak tak nak jaga kasi la kat yang lebih mahu dan perlukan kasih sayang budak2 nie.......
BalasHapusanak2....:)
BalasHapusBoleh sape2 bagi tau apa jd pada bdk2 ni..any updated info..:(
BalasHapuskalau tak nak anak tu bagi aku yang memerlukan..xyah lah buat kanak2 yg x berdosa mcm tu..kesian..
BalasHapusB..i mak bpak mcm ni..
BalasHapusKomentar ini telah dihapus oleh pengarang.
BalasHapusKalau taknak anak, bagi la kite.. adei... orang lain sebok berebut nak anak... dia sebok biar2kan anak2 tu.. kesian la.. yang baby tu.. hmmm
BalasHapusanak anak comel lak tuh..sian nya baby bulat tuh..eee!!!!
BalasHapusYa Allah....sebak rsa bila si kecik tu ditinggal kelaparan mcm tu.
BalasHapuskesian nye bdk2 tuh..lg2 bby yg kecik tuh..bru 7 bln kowt..blm twu ape2 lg dh kne tggl mcm tuh jew..mne prgi tggungjwb seorg ayh n ibu??x dew rse kesian kew kt ank2??mmg x dew hti perut lgsg mak ngn ayh bdk2 nie..twu bt ank rmai2 tp nk jge x nk,x reti..tuh la org zmn skrg nie,reti bt ank jew rmai2 tp x reti nk jge,baek x pyh bt..kalo ye pon x mmpu nk jge bdk2 tuh,bg la pd pihak yg brtggungjwb,ade la pmbelaan sikit bdk2 nie..x baek tgglkn bdk kecik mcm tuh jew,die org x twu ape2 lg..msih kecil lg..ape slh die org??hrp mak ngn ayh bdk2 nie sdr la dgn ape yg die org dh bt..kesian gler kowt xmkn berape hrin tuh..kalo kite x mkn 1 hri pon dh lembik..nie kn bdk2 kecik mcm tuh,lg lembik..
BalasHapuskalo leh mek smue tok dijadikan anak angkt kan bgus..
BalasHapusMENITIS AIR MATA BILA MEMBACA KISAH 6 BERADIK INI. KALAU AKU JUMPA MAK BAPAK DIA BELUM TAHU APA AKAN AKU BUAT DGN MEREKA.
BalasHapusYa Allah kesiannye dorg terbyg ank sdr jadik cm2..arap2 pihak2 yg berkenaan dpt segera membantu.jgn pulak bile dh dpt bantuan mak bpk amek kesempatan lepas ni.
BalasHapuskalu nak buat anak angkat tu ambik la semua, jangan pisahkan mereka adik neradik
BalasHapussaya nak la anak yang bungsu tu...Ya Allah kesiannye...
BalasHapusTerbayang muka anak2 sendiri, sedihnya lebih2 lg pada baby yg baru 7 mth! Alhamdulillah x terjadi apa2 masa baby ditinggalkan kat rumah tu sorang2, Allah Maha Penyayang!
BalasHapussaya sanggup amik enam anak2 comel ni jd anak saya...
BalasHapuskesian nya yg baby tu..sebab saya baca news ni..cepatlah susukan baby ni & bawa ke hospital..hope baby tu selamat..
BalasHapusApabila iman tiada hilang sifat kemanusiaan
BalasHapussebak..membaca artikel ni...sampai hati ibu bapa budak2 ni..
BalasHapusnak menangis aku baca entri ni. kesian sangat la dekat budak2 ni. kejam punya mak bapak. ingatla sikit, anak2 tu amanah ALLAH. aku doakan agar anak2 ni sentiasa selamat. kalau boleh, jgn bg dah mak bapak diorang jaga diorang lepas ni. hilangkan je hak penjagaan. mmg islam galakkan ibu bapa kandung ada anak, tapi islam xkan pernah galakkan ibu bapak kejam macam ni.
BalasHapussemoga Allah pelihare ank2 kecil 2
BalasHapusYa Allah...ape punya mak bapak laaa...sedih x terkata....kesiannya ank2 yg menjadi mangsa...sebak rasa hati nie lg2 tgk yg baby,abg kakak yg baru 3,4tahun x taw ape2....Allahuakbar....sanggupnyee....kita yg keje 9 jam nie pon satu hari mesti akn call mak yg jg ank2 kita...tanya dah mkn lom...dah mandi ke tgh buat ape ke..semoga ank2 ini mendapat pembelaan dan jagaan org2 yg penyayang dan bertanggungjawab...
BalasHapusYa allah,kau peliharalah anak2 ini.permudahkan segala urusan anak yang tak berdosa ini.betapa kerdilnya aku di dunia ini.ampunilah dosa kedua ibupaba mereka..sedih dan sayu melihat hidup kanak2 ini..terasa melihat anak aku sendiri.
BalasHapusSumpah kejam... Dlm gaduh berparang tu anak 6 org.. Aihh.. Tgk keadaan rumah pn kesian anak2 tu.. Kasi lah kt org kalo x mampu.. Biar dorg membesar sempurna dan selesa..
BalasHapushuaaaaaaaaaaaaaaaa sedih nya baca pon dah keluar air mata .. ni kan tinggal kan mereka cm tu jer.. kejam2x.. sedang kan haiwan pon sayang kan anak2 mereka ini kan manusia yg ada akal fikiran..
BalasHapus