Aida Harap Semua Pihak Bersabar
Aida Harap Semua Pihak Bersabar | BARU sahaja reda mengenai kisah skandal melibatkan aktor Adi Putra dengan seorang wanita berstatus isteri orang; yang kini dalam siasatan polis.
Kini, timbul pula cerita baru mengatakan Adi menggunakan seorang individu berpengaruh untuk menggugurkan kes tersebut daripada siasatan.
Oleh kerana tiada bukti lanjut mengenai perkara tersebut, Zass mendapatkan isteri Adi, Aida Yusof setelah gagal menghubungi aktor terbabit.
"Saya baru sahaja mengetahui perkara tersebut (dakwaan Adi menggunakan individu berpengaruh) hari ini (semalam) kerana tidak membeli akhbar Ahad lalu.
"Sebolehnya saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini kerana seperti yang Adi dan saya pernah katakan sebelum ini, kes ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan.
"Namun, ingin saya tegaskan di sini, saya atau Adi tidak pernah menggunakan sesiapa untuk membantu menggugurkan kes ini. Sesiapa yang tidak percaya boleh siasat sendiri atau tanya sendiri pihak berkenaan," jelasnya.
Aida berkata, dia tidak mengetahui perkembangan kes berkenaan dan info terakhir yang diketahuinya pihak forensik telah selesai melakukan siasatan.
"Saya tahu perkara itu dari akhbar dan perkara lain saya tidak dimaklumkan. Tetapi sebaik sahaja kami memperoleh keputusan siasatan, Adi akan mengeluarkan kenyataan akhbar seperti yang dijanjikan," katanya.
Ditebak mengenai niat sesetengah pihak yang barangkali cuba memanaskan kes itu, Aida berkata, dia tidak mahu bersangka buruk dan amat menghormati tugas wartawan dan juga polis.-sinar harian
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda