Pelajar Tingkatan 6 Terbaring Lesu Selepas Bersalin Dalam Asrama | SETIU - Guru dan pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini gempar apabila seorang pelajar dipercayai bersalin di dalam bilik asrama sekolah berkenaan, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kehadiran bayi lelaki itu disedari penyelia asrama kira-kira jam 8 pagi di dalam sebuah bilik asrama perempuan sekolah berkenaan.

Menurutnya, ketika melakukan pemeriksaan di dalam sebuah bilik, penyelia itu terkejut apabila mendapati seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun terbaring lesu bersama bayi yang masih bertali pusat.

“Penyelia itu segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengurusan sekolah, sebelum kedua-duanya dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan.

“Ketika ditemui, bayi lelaki dalam keadaan sempurna itu masih bernyawa, tetapi mengalami kecacatan otak dan keadaannya ketika itu agak lemah sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan tiba di HSNZ kira-kira jam 1.15 petang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ab Rahman berkata lagi, bagaimanapun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.40 petang kerana kecacatan tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah atau kecederaan akibat dera pada bayi itu sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Katanya, ibu bayi itu masih dirawat di Hospital Setiu dan pihaknya akan mengambil keterangannya sebaik pulih bagi membantu siasatan.

"Ibu bapa pelajar terbabit sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini. Buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit,” katanya.

Difahamkan, pelajar terbabit amat sedih dengan berita kematian anaknya selepas polis memaklumkan bayinya tidak dapat diselamatkan dan dia mengandung dipercayai hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya.-sinar harian

Posting Komentar

  1. Apalah....x ksian ke kt baby 2 mati mcm 2 je...ni lah cinta ank2 muda skrg...2 salah satu bukti cinta wanita tersebut..bod0h..

    BalasHapus
  2. ✘ kan la phak asrama ✘ prasaan bdak tu mngandung.. Apa la bonggok sngat permpuan tu..

    BalasHapus
  3. Klau ya pon nk komen bia beralas.. Kata bodoh,bangang smua carut,maki .. Takut komen tu dapat balik kt dri sndri sbb kna kt ahli kluarga sndri.. Bknnya kita tuhan nk mghukum..da dia plh jln mcm tu nk buat mcm mna..dah tkdr..nty tuhan bls..kita ni amek pedoman hdp.. What you give , you get back. Karma itu pasti..

    BalasHapus
    Balasan
    1. yea smua tkdir allah.. akan ttp kita xboleh redha akan perbuatan mksiat yg dia lakukan, kerana redha akan perbuatan maksiat, adalah maksiat.. kita pabila brckap, mest dgan ilmu..

      Hapus
    2. Bodoh sbb dia rela dimengandungkan dan dibiarkan beranak sndiri2.....lainla kalo dia dirogol...

      Hapus
    3. Jangan marah cik adk.tpi dah bt 2 pandai2 la tanggung jawab.dah kata cinta kn.bt je klau nk bt tp pandai la tanggung

      Hapus
  4. esok luse pasti kite akan bekeluarga...pasti ade ank lelaki dan perempuan...so xperlu nk hina or caci maki si pelaku salah kerana itu jalan yg dipilihnye sendiri..kalau lah terjadi pd ank kite sendiri ape kite nk kate..n one more thing...xsemua perempuan yg terlanjur akan buang ank...ade yg bela sampai besar n ank tu berjaya...kite bukan tuhan nk menghukum...mungkin ini silap die...tp kite sepatutnye luruskan balik jln die dah lalui...bkn makin sesatkan...dan kpd si pelaku salah....anggap la ini pengajaran...

    BalasHapus
  5. didik ank2 dgn quran dn sunnah...same2 kite renungkn.......

    BalasHapus
  6. pihak asrama xkan la x perasan? biasa nya orang yg mengandung perut dia bulat besar

    BalasHapus
    Balasan
    1. Mlalui pengalaman sye pregnt bby 1st..pert mmg xnmpak wpon da nk berslin..smpai G hosptl cz da pech ketuban pon doc tgok xcye y da ckup bulan...ble pegang bru rse.so no wonder la if phak hostel xpersan

      Hapus
    2. Mlalui pengalaman sye pregnt bby 1st..pert mmg xnmpak wpon da nk berslin..smpai G hosptl cz da pech ketuban pon doc tgok xcye y da ckup bulan...ble pegang bru rse.so no wonder la if phak hostel xpersan

      Hapus
    3. Mlalui pengalaman sye pregnt bby 1st..pert mmg xnmpak wpon da nk berslin..smpai G hosptl cz da pech ketuban pon doc tgok xcye y da ckup bulan...ble pegang bru rse.so no wonder la if phak hostel xpersan

      Hapus
  7. hmm.. cmtu la remaja skrg tok buktikan cinte.. aptb.. tp cte nie iktibar tok sy gak sbb sy msh seorg rmaja

    BalasHapus
  8. Ambil iktibar dri semua 2....maybe 2 slah die...so kita yg mmbca nie jgnlh nk maki or sbgainya....kita xtau pe mslh die...maybe e2 slah die...jdkanlh sbgai ikhtibar...masa depan kita...kita xtau cm ne...hanya yang maha esa je yg mengetahui segala2nya...

    BalasHapus
  9. Cinta remaja sekarang, ramai yg terlanjur. Dah mengandungkan anak dara org, terus larikan diri.

    BalasHapus
  10. Ya Allah selamatkan keluarga kami . anak bangsa kami .

    BalasHapus
  11. Sedih ank melayu yg beragama islam rmai yg x "menjadi"...

    BalasHapus
  12. Kadang kadang kita nasihat pun x endah. Fikir la harga diri sblm terlanjur. Banyak lelaki yg mulut manis, tp sebenarnya ada agenda tersembunyi, dh dapat..belah, cari yg baru.

    BalasHapus
  13. sekolah bangang mana ni yg xtau budak 2 mngandung....???

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top