Inilah Wanita Paling Kerdil Di DuniaNEW YORK – Ketika bulan terakhir kehamilan Ranjana Amge, dia bimbang tidak mampu mendakap bayinya itu selepas doktor menjangkakan ada sesuatu yang tidak kena pada janinnya.

Selepas 20 tahun kemudian Ranjana mempunyai sebab untuk berbangga apabila anak perempuannya itu hidup sihat, gembira dan dikenali di seluruh dunia.

Kata Ranjana, semua kebimbangannya kini menjadi sejarah.

“Apa yang ada adalah kegembiraan dan kami berasa sangat bertuah,” katanya. Dengan ketinggian cuma 63.5 sentimeter dan berat 5.4 kilogram, Jyoti Amge adalah wanita paling kerdil di dunia.

Berasal dari Nagpur, India, Jyoti memasuki kolej dan bercita-cita menjadi pelakon.

Walaupun di kalangan orang kerdil, Jyoti memang lebih kerdil.

Keadaan itu diakui menyukarkan hidupnya pada ketika tertentu.

“Saya susah mencapai barang, tetapi nasib baik saya ada adik-beradik lain untuk membantu,” katanya. Dalam lawatan pertamanya ke New York, Jyoti dibawa melawat Statue of Liberty sebelum menghadiri pelancaran Rekod Dunia Guinness edisi 2014 serta sidang media di puncak Bangunan Empire State. – Agensi

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top