Inilah Karangan Yang Pernah Menggemparkan Dunia Internet Suatu Ketika Dahulu | Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya
dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.  Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.

Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Posting Komentar

  1. Lawak gila...karangan yang penuh imaginasi hasil dari menonton tv...cikgu yang membaca pun boleh mati akibat terkejut...

    BalasHapus
  2. kesian budk tu...huhu

    BalasHapus
  3. ahaha...sempat pulak dia buat karangan :3

    BalasHapus
  4. terbaik .. bolh kne strok ckgu die tnde krtas nie

    BalasHapus
  5. cikgu yg baca pn sakit jantung dan mati...huhuhu

    BalasHapus
  6. Pundek btol. Anak lipak mrepek phuii

    BalasHapus
  7. karangan ni diambil dari majalah ujang di awal-awal penerbitannya sekitar tahun 1993-1994. aku ada simpan lagi.

    BalasHapus
  8. gilak pya ceta..mna bdk tu skg ah?

    BalasHapus
  9. bgus bdak ni.. imaginasi tggi.. 1 hari nt dy akan jd seorg yg cerdik.. budak yg kuat brimaginasi sbnrnye sorang yg cerdik.. caya lahhh.. insyaAllah mse dpn cerah kot pgg gaji besar.. mne kita tau rzeki dy.. :)

    BalasHapus
  10. wuahahahahaha semua mati, penulis2 pun mati, cikgu yg menanda pun mati , sape yg bace matii , hahaha lol, terlalu byk tgok cerita ultraman ni, wuahahaha XD XD

    BalasHapus
  11. akhirnye semua org pun mati.

    BalasHapus
  12. budak nie sebenarnye pintar tpi tlebih melalut la pla smpai jdi otraman/tran4mer nie .. ahahah

    BalasHapus
  13. CIPLAK DARI MAJALAH UJANG.....ERA 90AN

    BalasHapus
  14. merepek punya cerita,

    BalasHapus
  15. merepek punya cerita,

    BalasHapus
  16. ksian giler cite niew

    BalasHapus
  17. Cerita apa pulak ni

    BalasHapus
  18. bhaxhaxhax ! lawakkk nyeee lahaaiii !! lawak bodosss

    BalasHapus
  19. kelajuan sama dgn cahaya. aiseh..bkn sbrg budak ni..budak ni umur bape? bijak jgk dia eh wlaupun agak mengarut. haha

    BalasHapus
  20. Hhhahhh.....berangan!

    BalasHapus
  21. ahahahahaha!!! giler....

    BalasHapus
  22. haha ! semua mati , mak budak & budak tu pon mati .. Adoyai !! merepek ..

    BalasHapus
  23. Imaginasi ultra senak

    BalasHapus
  24. kelajuan cahaya x tahan tu

    BalasHapus
  25. Keturunan hancock agaknyer dia ni!!! hahahahaaah

    BalasHapus
  26. .. ada bakat jadi steven speilberg Malaysia. Malaysia boleh

    BalasHapus
  27. pungkoq hang berjambui

    BalasHapus
  28. hahahahah..dah kene tikam banyak kali baru nak ikut

    BalasHapus
  29. dahsyat punye imaginasi.... hi hi hi...

    BalasHapus
  30. kuat btl imaginasi bdk ni.. boleh jd kartunis ni.. hehehe

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top