Apakah Permintaan Lisa Surihani Kepada Syamsul YusofWALAUPUN belum berkesempatan bekerjasama baik di dalam drama mahupun filem dengan Syamsul Yusof, namun sebagai rakan artis, aktres Lisa Surihani turut bersimpati dengan nasib yang menerima pengarah muda berpotensi besar itu ekoran isu filem bikinannya KL Gangster 2, yang bocor di internet.

Malah isteri kepada Pengarah VFX Malaysia Paling Prolifik, Yusry Abdul Halim, ini terkejut apabila mengetahui khabarnya Syamsul mahu meninggalkan kerusi pengarah buat selamanya akibat terlalu kecewa.

“Sebagai rakan artis rapat, apa yang berlaku pada Syamsul dan industri film kita hari yang berdepan dengan isu cetak rompak ni, sangat menyedihkan. Perkara ni boleh berlaku pada sesiapa saja pembikin filem. Ini satu jenayah yang harus kita banteras. Tapi tak mengapa, polis juga pihak berkuasa kini sedang jalankan siasatan dan kita akan ketahui juga siapa dalangnya nanti.

“Saya berharap penonton yang cintakan filem tempatan, sila lah menonton filem itu di pawagam. Malah teruskan sokongan anad kepada karya-karya tempatan. Kami rakan artis juga terkesan dengan isu ini kerana industri kami. Kami akan pertahankan. Sebab itu bila Yusry sertai kempen anti-cetak rompak, saya beritahu dia yang saya pun nak sertai sama.

“Pada Syamsul, jangan putus asa! Kita lawan isu cetak rompak ni. Jangan mengalah begitu saja! Teruskan perjuangan dan terus menghasilkan karya-karya yang berkualiti. Jangan berhenti, sebab anda adalah pewaris legasi Skop Production”, kata Lisa yang mengharapkan Syamsul tidak patah semangat.

Pada Isnin lalu sewaktu majlis pra-tonton, bapa Syamsul, penerbit dan pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam memberitahu anaknya itu ada meluahkan hasrat mahu meninggalkan kerusi pengarah sekaligus cukup merisaukan Yusof. Malah Malah Syamsul turut tidak hadir ke previu filem itu pada malam tersebut.

Sebelum itu, Yusof dan Syamsul sendiri melahirkan perasaan marah apabila lebih 70 peratus hasil filem berkenaan telah disebarkan di laman Internet sebelum tayangan. Langkah itu boleh menyebabkan kerugian besar kepada penerbit filem jika orang ramai tidak menonton kerana ia telah disebarkan lebih awal secara haram.

Kos pembikinan filem itu menelan belanja kira-kira RM4.5 juta. KL Gangster 2 bakal di tayangan di pawagam mulai 3 Oktober ini. – malaysiaDigest

Posting Komentar

  1. Jangan menyerah kalah dgn dorang,,Cetak rompak adalah jenayah yg patut dibanteras dgn lebih serius. Dorang kaya sekelip mata, hasil dari penat lelah penerbit & artis2 Malaysia..

    BalasHapus
  2. Even da kua still x tgk..sbb nk tgk kat pwgm jgk . . .hoho . . X layan cetak rompak ok

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top