Kenapa Dafi Mengamuk Di Instagram? | Seperti trend, artis Malaysia kini sering kali menjadi mangsa kritikan dan komen-komen negatif di laman sosial Instagram, Twitter dan Facebook. Gadaffi Ismail Sabri atau lebih mesra dengan panggilan, Dafi turut menerima nasib yang sama sehingga menyebabkan dia menghamburkan kata-kata kurang enak di akaun Instagramnya pada Rabu.

Jika anda sempat membaca entri yang dibuat Dafi itu, pasti anda juga terkejut kerana perkataan-perkataan yang diluah Dafi itu cukup kasar seperti 'stupid' dan bangsat. Malah, Dafi juga mencadangkan kepada individu terbabit supaya bunuh diri sahaja. Apakah yang menyebabkan Dafi sangat beremosi?

“Saya sedang bermesyuarat ketika diberitahu mengenai komen tersebut dan saya menganggap perbuatan individu terbabit sebagai biadap serta tidak kena pada masanya. Dia juga seperti cuba mencetuskan kemarahan kerana menghantar komen yang bukan-bukan secara berkali-kali kerana tidak dilayan. Kerana marah, saya kemudiannya memuat naik akaun Instagram milik lelaki bernama 'Pipijul' itu di akaun Instagram saya dengan menghamburkan kata-kata yang kurang enak,” ujar Dafi ketika dihubungi GUA.

Bagaimanapun, Dafi akhirnya mengambil keputusan untuk memadam gambar tersebut 30 minit selepas itu atas nasihat peminat-peminatnya.

“Kadang kala saya memang akan membiarkan saja, namun mungkin hari ini reaksi saya mengejutkan sesetengah pihak. Mood saya hari ini kurang baik, sebab itulah saya mudah melenting,” ujar Dafi.

Dafi juga berpendapat sekiranya hal ini (peminat mengutuk artis) dibiarkan begitu sahaja, ia akan memburukkan fungsi laman sosial kerana ia sepatutnya menjadi medan untuk berkongsi rutin seharian dan saat-saat indah, bukan dicemari dengan anasir negatif yang tidak menjana minda. - Gua.com.my

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top