6 Gambar: PDRM Siar Logo, Tatu Kongsi GelapBUKIT AMAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini di Ibu Pejabat polis Bukit Aman sebentar tadi.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bahagian Kongsi Gelap / Judi / Maksiat JSJ Bukit Aman SAC Dato' Abd Jalil Hassan dalam sidang media pada hari ini menerangkan perlunya pendedahan ini sebagai panduan kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini.

Beliau turut menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan berkenaan keburukan kumpulan kongsi gelap ini kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi mendapati penglibatan remaja seawal usia 15 tahun lagi.

 Kumpulan-kumpulan ini telah ditakrifkan sebagai haram di bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 di mana orang yang menjadi atau menjalankan kerja sebagai seorang anggota sesuatu pertubuhan kongsi gelap atau yang menghadiri sesuatu mesyuaratnya atau yang didapati ada dalam miliknya, atau ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa buku, kira-kira, tulisan, senarai anggota-anggota meteri, panji-panji atau tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan kongsi gelap sama ada pertubuhan itu ditubuhkan di dalam Persekutuan atau tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM 15,000.








Posting Komentar

  1. Double 7 mostly ramai melayu join....
    Aku penah borak2x dgn salah sorang brader budak kg aku pasal tattoo2x nii...die kate....die bertatto xde masalah pun nak ikut suruhan agama...kalau sikit takpee laa jugak...penuh satu tangan tuu....kaki teguk arak, club....mmg makanan die aku tengok....So sape yg rase MELAYU ISLAM tuu hentikan laa join natang2x camnii....Ramai aku tgk tak senang pun hidup korang dah tua nanti....

    BalasHapus
  2. Bila BN nak kalah PRU bru nak setel benda2 nih...

    BalasHapus
  3. alahai.. da bagi jalan tinggal nak pilih je.. bukan nak jadi gangster.. cuma nak BERSATU.. xslhkn kn? jln slhkn spe2, slhkn individu itu sendiri, jgn nunding jari cm2 jek ok?

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top