Pintu belakang kedai makan ini didapati terbuka sebaik sahaja Asmah (kiri) tiba pagi, semalam.
Pencuri kebas 8 periuk di kedai makan | MARANG – Kejadian ini mpama kisah 'Ali Baba dan 40 Penyamun, apabila pencuri bertindak melarikan beberapa peralatan memasak di sebuah kedai makan, di sini, semalam.
Kejadian berlaku di sebuah kedai makan di Taman Melawati, terletak bersebelahan Sekolah Agama Marang di Bandar Marang, apabila pencuri terbabit bertindak melarikan lapan periuk pelbagai saiz, termasuk periuk memasak nasi.
Mungkin kerana tiada pilihan, suspek terbabit bertindak memunggah periuk berkenaan untuk dijual selepas dipercayai berjaya memasuki kedai makan milik Asmah Yusof, 42, melalui pintu belakang.
Asmah hanya menyedari kehilangan peralatan memasak itu apabila tiba ke kedai makannya kira-kira jam 10 pagi bersama seorang anak perempuannya, Norshafikah Mohamad, 20, untuk memulakan operasi perniagaan mereka, pagi semalam.
Menurut Asmah, dia telah menjalankan perniagaan di gerai berkenaan sejak 12 tahun lalu dan kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini, malah jarang mendengar kes pencuri melarikan peralatan memasak termasuk periuk nasi.
“Kami percaya pencuri masuk ke kedai melalui pintu belakang, apabila pintu itu didapati rosak dan sudah terbuka. Setelah membuat pemeriksaan, saya dapati lapan periuk pelbagai saiz termasuk digunakan untuk memasak nasi, hilang,” katanya.
Asmah berkata, akibat kejadian itu, dia mengalami kerugian kira-kira RM800 dan terpaksa menjual minuman dan kuih muih pada hari kejadian kerana tidak dapat memasak lauk pauk seperti biasa selepas periuk di kedainya dikebas pencuri.
Asmah membuat laporan polis berhubung kejadian titu di Balai Polis Marang dan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan itu.-sinar harian
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda