Zulfahmi Selesai Jalani Latihan Bersama Pasukan Baru Di Sepanyol | KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin selesai menjalani latihan selama tiga hari bersama pasukan baharunya, Red Bull KTM Ajo, di Litar Almeria, Sepanyol pada Jumaat.
"Ini merupakan tiga hari yang sangat baik bagi kami. Kami mulakan kerja dengan motosikal baru dan belajar banyak benda baru. Kami juga melihat apa yang terbaik. Dalam beberapa kes, kami masih perlu mencuba banyak perkara dan saya juga perlu bekerja lebih keras untuk memperbaiki pemanduan saya.
"Saya fikir ini sangat positif apabila kami datang sini dan menjalani latihan beberapa kali di litar. Saya tidak sabar untuk beraksi di Valencia pada minggu depan," kata pelumba berusia 21 tahun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukannya.
Pasukan Red Bull KTM Ajo memulakan latihan pra musimnya minggu ini di Almeria sebelum sesi latihan rasmi Moto3 di Litar Ricardo Tormo, Valencia dari 12 hingga 14 Februari.
Selain Muhammad Zulfahmi, pelumba lain yang dipilih menyertai pasukan itu untuk kempen 2013 ialah Luis Salom dari Sepanyol dan Arthur Sissis dari Australia.
Related Posts
- Indra Putra Terima Ugutan Bunuh (3 GAMBAR)08 Oct 201310
Indra Putra Terima Ugutan Bunuh (3 GAMBAR) | Kota Bharu: “Korang (anda) semua ada tak lubang...Read more »
- Tahniah! Safiq Rahim Dan Zandra Sah Bertunang (6 GAMBAR)09 Sep 20130
Tahniah! Safiq Rahim Dan Zandra Sah Bertunang (6 GAMBAR) | Pemain bola sepak kebangsaan Safi...Read more »
- Real Madrid 1-1 Dengan Manchester United14 Feb 20130
Real Madrid 1-1 Dengan Manchester United | MADRID - Sempat tertinggal, Real Madrid boleh mema...Read more »
- Nazmi Faiz dilepaskan oleh Beira-Mar?01 Feb 20130
Nazmi Faiz dilepaskan oleh Beira-Mar? | Pemain sensasi Harimau Muda Nazmi Faiz baru sahaja tiba ...Read more »
- Annuar: Piya tidak rugi jika tidak bersama Harimau Malaya01 Feb 20130
Annuar: Piya tidak rugi jika tidak bersama Harimau Malaya | TINDAKAN ketua jurulatih negara...Read more »
- Pemain Tengah Felda United Parah Kemalangan28 Jan 20130
Pemain Tengah Felda United Parah Kemalangan | HULU SELANGOR : Seorang pemain bola sepak pasukan F...Read more »
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.