Annuar: Piya tidak rugi jika tidak bersama Harimau Malaya
Annuar: Piya tidak rugi jika tidak bersama Harimau Malaya | TINDAKAN ketua jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal tidak menyenaraikan kapten pasukan Kelantan, Badri Radzi atau Piya dalam skuad Harimau Malaya tidak merugikan sesiapa termasuk Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata walaupun tidak dapat bersama skuad kebangsaan, namun pemain itu dapat menimba pengalaman berharga di persada antarabangsa bersama Kelantan.
“Kelantan sendiri terbabit dalam perlawanan antarabangsa dalam saingan Piala AFC dan perlawanan antarabangsa dengan kelab dari luar negara,” katanya kepada pemberita pada majlis memperkenalkan dua pemain import baharu di Kota Bharu, hari ini.
Dua pemain tersebut ialah pemain sayap Salim Arrache dari Perancis dan penyerang Dickson Nwakaemi dari Nigeria.
Kedua-dua pemain import itu akan diuji pada perlawanan persahabatan antarabangsa antara Kelantan dan kelab Liga Perdana Indonesia, Semen Padang, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, Sabtu ini.
Bagaimanapun, Annuar berkata, Kafa akan sentiasa terbuka dan akan memberi kerjasama jika Rajagobal memanggil semula Piya untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan. – Bernama
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda