Zarina Anjoulie. Gambar kanan : Zarina menutup wajahnya ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, Rabu lalu.
“Kita tak boleh jatuhkan hukuman. Mahkamah yang tentukan. Ini baru tuduhan dan dakwaan… bagi ruang.
“Setakat ini, persatuan terpaksa menggantung keahlian Zarina sementara waktu. Jika, benar-benar didapati bersalah, kami akan lucutkan keahliannya bukan pecat,” kata Presidennya, Zed Zaidi kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi.
Zed Zaidi berkata, keputusan melucutkan keahlian jika bersalah bukan keputusannya sendiri.
“Ini akan jadi contoh kepada artis lain. Saya beritahu ini berdasarkan perlembagaan persatuan bukan saya buat keputusan sendiri,” katanya.
Ketika ditanya soal status artis yang disandang Zarina telah merosakkan nama artis yang lain, Zed Zaidi menjawab “buang persepsi negatif terhadap artis.”
“Artis manusia biasa juga. Bukan kerana dia (Zarina) semua rosak. Tak adil bagi artis-artis lain,” katanya.
Meskipun keahliannya digantung, Zarina masih diberi peluang untuk membuat rayuan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.
“Kami ada beri ruang kepada dia untuk muhasabah dalam tempoh tiga hingga enam bulan dan dalam tempoh itu dia boleh membuat rayuan,” ujarnya.
Setakat ini nasib Zarina masih belum ditentukan berhubung tuduhan memiliki dadah apabila beliau dibenarkan diikat jamin oleh ahli keluarga sahaja.
Pelakon berusia 27 tahun itu dijamin adik tirinya keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya, minggu lalu.
Sebutan semula kes tersebut ialah pada 8 Febuari ini.
Zarina bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, pukul 5.30 petang pada 30 Disember lalu.
Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, beberapa artis tempatan turut terkait dengan isu dadah ini seperti Yassin Senario, Jamal Abdillah, Saleem, Ameng, dan Benjy.
Tahun lalu, penyanyi, Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan pindaan memiliki dadah dan satu pertuduhan memasukkan syabu ke dalam badannya.
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda