TIDAK pernah berhasrat untuk mencipta kontroversi untuk menapak dalam industri hiburan, namun itulah yang harus ditempuhi pelakon Anzalna Nasir.

Namun, kontroversi demi kontroversi yang menghambat dirinya berjaya meletakkan Anzalna sebagai pendatang baru yang digeruni.

Menganggap kontroversi yang timbul sebagai rencah dalam dunia seni, Anzalna berharap agar lembaran tahun baru ini lebih bermakna tanpa kontroversi.


Malah, tegas Anzalna yang memiliki darah kacukan Cina Punjabi ini, peristiwa pahit manis di tahun lalu dijadikan sebagai pengajaran dan lipatan kenangan.

Enggan ulangi kesilapan lalu, pelakon filem Sepah The Movie, ini juga mempunyai perancangan dan azam tersendiri di lembaran 2013.

“Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang diterima. Untuk tahun ini, saya ingin mencapai beberapa perkara yang saya idamkan.

“Selain memperbanyakkan kerja amal, saya berimpian untuk menghantar ibu bapa menunaikan haji di Kota Suci.

“Ia adalah tanda penghargaan kepada ibu bapa saya yang banyak menyokong saya setiap masa. Jika ada rezeki lebih, saya ingin kumpul harta misalnya memiliki rumah,” katanya yang fasih berbahasa Perancis.

Nilai bakat , bukan kontrovers i

Tidak menafi kan, tawaran dan perhatian yang diperoleh sedikit sebanyak berkaitan kontroversi, namun Anzalna enggan dilabel sebagai artis kontroversi.

“Saya tidak mahu dikenali sebagai artis yang bermasalah dan meraih cerita yang menimbulkan kontroversi.

“Sejak awal lagi, saya berjanji dengan diri sendiri yang saya tidak akan sesekali terlibat dalam perkara yang tidak mendatangkan kebaikan.


“Namun, tanpa dipinta, ia turut  mengheret saya dalam situasi ini. Saya berharap, masyarakat tidak menilai saya dari sudut itu, namun berbicaralah mengenai bakat saya dalam industri,” katanya yang enggan membuka dan bercerita mengenai kisah lama.

“Biarlah ia menjadi pengajaran buat saya dan apa yang pasti, setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya,” tegas Anzalna.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top