Terkini : Identiti Pencuri Duit Lisa Sudah Dikenalpasti
Ekoran daripada kes kecurian duit milik pelakon, Lisa Surihani pada minggu lalu, kini pihak polis sudah mengenalpasti individu yang disyaki terlibat dalam kes penipuan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner, Izany Abdul Ghani berkata pihak polis kini sudah dapat mengecam individu yang menukar kad ATM tanpa pengetahuan aktress tersebut dan melakukan pengeluaran wang tunai.
Namun, tiada maklumat yang menyatakan sama ada individu ini adalah orang terdekat dengan diri Lisa atau mereka yang sering bekerja dengan dirinya dalam industri hiburan tanah air.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan pihak polis mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” ujar Izany seperti yang dilaporkan di dalam Harian Metro, hari ini.
Mengimbas kembali, pada hujung minggu lalu Lisa Surihani ibunya, Siti Amira Ahmad telah membuat laporan polis apabila menyedari yang sejumlah RM50,000 telah lesap daripada akaun bank.
Apabila merujuk kepada pihak bank, mereka menyatakan ada individu yang menukar kad ATM tanpa pengetahuan mereka.
Tunggu saja laporan selajutnya untuk mengatahui siapakah individu disebalik kerja tidak bermoral ini.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN (mynewshub.my)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda